Salam...
Hari ini terkejut, sebab dalam perjalanan balik dari kedai, tengok berita depan Harian Metro, " Kejantanan Tercabar, Bunuh kawan cuba perkosa isteri".
Dalam hati, dahsyat. Dua-dua pihak dahsyat. Yang kawan pun satu hal, yang si suami pun satu hal. Memang buku bertemu ruas lah.
Kejahatan dibalas secara radikal, mungkin respon di bawah sedar agaknya. Pepatah Melayu ada mengatakan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Sekarang, nasi sudah jadi bubur.
Sedar tak sedar, dah 19 bulan menyertai alam blog ni. Banyak perkara baru diperoleh, ada positif dan ada juga negatif. Apa-apa pun, kalau dah minat sesuatu tu, kita akan belajar untuk sayang. Sama juga dengan bidang perubatan yang penuh pancaroba ni, kalau ada minat dan komitmen, insyaAllah kita akan lagi tabah dalam menempuh cabarannya yang tersendiri. Niat untuk membantu orang yang sakit mungkin salah satu pendorong yang baik, tapi tak cukup untuk kita mengharungi perjalanan yang cukup panjang ini. Kami di USIM 6 tahun pengajian, berbanding IPTA lain hanya 5 tahun. Walau bagaimanapun, saya yakin dengan pengisian program dan kursus-kursus yang istimewa serta berbeza berbanding universiti lain, manfaat yang diperoleh bertambah banyak juga, bukan setakat keluar selaku doktor bertauliah sahaja. InsyaAllah.
Prinsip sama, minat dan sayang juga boleh diguna pakai dalam apa jua bidang yang kita pilih, perguruan ke, memasak ke, kejuruteraan ke, syariah ke... Asasnya minat, kalau tak minat, jangan pilih jalan itu. Kalau dah memang ditakdirkan masuk juga bidang yang kita kurang minat, cari sesuatu yang boleh menjadi sumber inspirasi kita untuk meneruskan pengajian dalam bidang tersebut. restu ibu mungkin ?. Kemudian, belajar untuk sayang dan sentiasa berfikiran positif. Kalau kita minat dan sayang dalam sesuatu bidang, insyaAllah kita akan lagi cemerlang berbanding orang-orang lain, kecuali orang lain itu ada genetik genius melampau, GIFTED kata orang.
Apa-apa pun, Think again, and think positive... And feel the difference.
p/s :
Dalam keracauan dan kacau bilau... jom baca... Rugi tak click.
1. Dr Maza -Penjelasan 1
2. Us Hasrizal -Penjelasan 2
Kalau rasa bosan sangat, boleh join ipanelonline, kita isi-isi survey... Selamat mencuba, http://my.ipanelonline.com
Wassalam.
No comments:
Post a Comment