Assalamualaikum.
Semakin aku berumur, semakin berusia (lah kononnya),
semakin kerap aku dapati, dan pelajari beberapa isu-isu yang penting. (Aku rasa lah)
Hakikat yang sebenarnya Allah swt, Yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang telah mengurniakan kepada kita akal fikiran.
Akal fikiran yang begitu kompleks, mengatasi dan menafikan teori teori saintis Barat, yang nak menarik kita dari agama yang suci ini.
Bagaimana mungkin asal nenek moyang kita adalah Spongebobs dan orang utan, evolusi yang berlaku secara semula jadi, secara kebetulan lalu terbentuk sel-sel otak yang saling berhubung hingga mewujudkan dimensi pemikiran itu sendiri.
SubhanAllah, sudah tentu ada kuasa agung yang tertinggi di sebalik penciptaan manusia itu.
Dan Alhamdulillah, beruntunglah siapa yang sudah mendapat Islam pada awalnya, lalu dia tidak perlu lagi memikirkan hakikat penciptaan dan keberadaannya di atas muka bumi, tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi hamba kepada Tuhan Yang Esa dan hakikat dunia ini hanyalah persinggahan, akhirat jua kekal abadi.
Sejarah telah membuktikan, betapa manusia itu celaru dalam pemikiran mereka sendiri. Pemikiran sesetengah kelompok manusia berbeza dan kadang kadang menongkah arus dengan pemikiran sesetengah kelompok manusia yang lainnya.
Hitler dengan semangat Nazi atau fasis, semangat kebangsaan bangsa Aryan sebagai pemerintah dunia akhirnya dibayar dengan darah Perang Dunia Kedua yang mengorbankan banyak nyawa. Beliau sendiri akhirnya dikatakan membunuh diri pada saat saat Red Army menjatuhkan Berlin sekaligus menamatkan Perang Dunia tersebut. Gagal.
Pada zaman sekarang, puak puak kapitalis masih bertelagah dengan puak komunis. Namun, permasalahan masih lagi timbul. Soviet Union yang berdiri atas dasar komunis pun akhirnya dibubarkan kepada negara negara kecil.
Kapitalis yang juga sinonim dengan laungan demokrasi begitu berbangga, namun kesan buruk mula dirasai, permasalahan masih timbul. Jurang miskin dan kaya begitu jauh. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin.
Ironinya, negara demokrasi seperti Amerika Syarikat, land of dreams dalam sejarah terpalit kisah,
yang menceritakan apabila taikun-taikun besar, seperti John D. Rockefeller yang selalu bertelagah sesama mereka terpaksa bekerjasama dalam menaja calon Presiden AS yang menyebelahi mereka, kerana calon Presiden AS yang seorang lagi sibuk dengan idea mahu membahagi-bahagikan kekayaan secara sama rata, dan menentang monopoli dan penindasan kepada rakyat bawahan. Ironi yang kedua, calon Presiden AS yang ditaja taikun itu yang menang sebab para pekerja ditakutkan dengan amaran akan dibuang kerja dan kempen presiden begitu hebat kerana duit banyak.
I knew this while watching History Channel, The_Men_Who_Built_America, few days after 5 May 2013, and it really made my day.
I smiled to grin, realising the cycle had happened since decades ago. Kitaran manusia.
Tapi, berita baik untuk AS, Rockdefeller Jr dengan kekayaan yang melimpah ruah, menjadi seorang yang philanthropik, dan menubuhkan yayasan dan menaja American Red Cross lagi.
Kesimpulannya di sini, begitu ramai manusia berfikir dengan pelbagai idea, ada yang baik ada yang buruk, pada umumnya ingin memberikan manfaat sesama manusia.
Namun, idea idea ini kadang kadang bercanggah sesama mereka hingga tiada penyelesaian yang sempurna dan total yang adil untuk semua.
Sekarang dengan dunia internet tanpa sempadan dan di hujung jari, idea idea yang pelik dan tidak pelik bertebaran di muka bumi dengan sekali tekan, atau pun tertekan.
Bila hidup lama ni, kita akan dapati, sifat-sifat manusia itu sangat terpengaruh dengan suasana sekeliling.
Kata orang mainstream ke tidak. Kalau mainstream kira ok, tak mainstream kira tak ok.
Dulu pakai jeans, sekarang perempuan pakai skirt je. Dulu perempuan tak merokok, sekarang tak, dah ramai merokok. Dulu couple tak boleh. Sekarang kalau tak couple, " Eh, kau biar benar ? "
Pada waktu yang sama, ada yang golongan yang memperjuangkan ideologi masing-masing.
Ada yang memperjuangkan kesama rataan antara lelaki dan wanita.
Masih ramai yang memperjuangkan bangsa, darah daging sendiri.
Ada yang memperjuangkan hidup tak perlu agama. Agama ini candu kata mereka, membantutkan pemikiran.
Ada yang memilih untuk beragama sahaja, dunia hanyalah dunia.
The same cycle macam fasis, komunis dan kapitalis, akan gagal, ataupun memberi manfaat kepada sesetengah manusia sahaja pada waktu yang sama memudaratkan yang lainnya.
Namun, Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, 1400 tahun yang lalu, adalah agama yang meliputi segenap aspek. Syumul, rahmatan lil'alamin. Pelbagai aspek kehidupan hinggalah bab ibadah.
Cuma umat Islam yang tidak menjiwai ajaran yang dibawa Baginda s.a.w.
Islam diibaratkan hanyalah pada akad nikah kahwin, sembahyang, puasa dan bila mati kena masuk kubur orang Islam.
Yang lagi sedih, orang Islam sendiri yang memberi imej buruk pada agama sendiri, yang dia sebenarnya tidak tahu hujung pangkalnya.
Banyak salah faham yang timbul terutamanya pada zaman sekarang.
Ada orang Islam yang lebih tertarik pada pluralisme, liberalisme dan segala jenis -isme -isme yang akhirnya tidak memberi jawapan yang total kepada makna kehidupan seseorang.
Dan hakikat iman itu perlu dilahirkan secara lafaz dan perbuatan fizikal yang praktikal.
Antara perkara yang wajib diimani oleh umat Islam adalah percaya kepada ke-esaan Allah swt dan Hari Akhirat.
Secara mudahnya, kita ini bertuhan. Dan kita akan kembali ke suatu tempat untuk diadili kelak.
Islam bukan sahaja mengajar umatnya untuk menjadi penganut yang taat, bahkan menjadi seorang manusia yang cakna serta bertanggungjawab kepada manusia lain.
Islam sudah menggariskan tanggungjawab lelaki untuk melindungi kaum wanita, tanggungjawab ibubapa kepada anak, dan tanggungjawab anak kepada ibubapa, dan tidak lupa juga menjelaskan hak orang miskin terhadap orang kaya, iaitu zakat. Penyelesaian ekonomi bagi permasalahan kapitalis dan komunis yang sudah lama ada sebenarnya.
Islam memberi jawapan kepada mereka yang mahu mencari agama, yang mahu mencari kedamaian, yang mahu mencari kesaksamaan dan keadilan dan yang paling penting, kepada mereka yang mahu mencari makna dalam kehidupan tanpa mengurangkansedikit pun sifat-sifat manusia itu sendiri.
Tidak perlu duduk bertapa di gua jauh dari orang dan boleh berkahwin.
Islam dah lama menentang kebatilan, kezaliman dan nafsu kebendaan semata-mata.
Penguasa ada hak atas rakyat, namun rakyat juga ada hak atas para penguasa.
Banyak lagi yang boleh dihuraikan tentang kesyumulan dan keindahan Islam, namun saya sarankan anda sendiri membaca usul 20, karangan Imam Hasan al-Banna, mujaddid yang syahid. Di dalamnya, diterangkan secara panjang lebar akan dasar-dasar Islam sekaligus membetulkan salah faham dalam agama yang sudah lama berleluasa.
Kita hidup di dunia bukan robot, hidup atas aturan hidup yang dirancang oleh orang lain.
Kita hidup untuk mencari bekal amal, untuk dibawa kembali untuk kehidupan yang abadi. Ibarat datang ke ladang untuk menanam, untuk menuai dan menikmati hasil tuaian pada suatu masa kita dipanggil Rabbul Jalil.
Dan akhirnya takat kejayaan yang sebenar-benarnya bukan ditentukan pada banyak A dalam peperiksaan, ataupun banyak duit dalam simpanan, bukan juga banyak pangkat dan gelaran, tetapi siapa yang paling bertaqwa kepada Allah swt.
Kembali pada soal iman, dan sejauh mana pembuktian keimanan kita itu.
Jika baik amalan yang dibuat, baiklah bekalannya nanti. Jika buruk amalan, buruklah bekalannya nanti.
Akhir kalam, dalam pertembungan ideologi yang begitu meruncing,
anda akan dapati :
Ada orang yang baik, dan ideanya juga baik.
Ada orang baik, tapi ideanya tak berapa baik.
Ada orang tak baik, tapi idea baik.
Ada orang tak baik, dan ideanya tak baik merosak punah ranah jahannnam !
Hati-hati dalam memilih.
Pilihlah idea yang baik.
Manusia yang baik pun kadang kadang tersalah.
Semoga kita semua thabit pada jalan yang benar. Dan mendapat husnul khatimah hendaknya. Amin.
Moga mesej baik yang aku nak sampaikan sampai. Kalau tersalah mesej, rujuklah orang yang lagi bijak pandai.
No comments:
Post a Comment