"Nak tolong orang"

Salam.

Selepas posting ortho yang membahagiakan,
posting paediatrik yang mengujakan, dan posting internal medicine yang meletihkan.

Kenapa double standard ngan medicine? Bukan double standard tapi ni alasan orang tak pandai.
Awesome lecturers and endless medical knowledge betul betul meletihkan minda.

I want to be in this part of so called medicine.
Nak tolong orang.
Carrying my late mother's wish, my father's dream, and childhood ambition, I thought that these should be enough to be my inspiration to persevere.

Ibarat baru tahu tinggi langit dari bumi, semangat yang ada dimamah perlahan lahan sepanjang perjalanan yang panjang dan mungkin tak berkesudahan ini. Persis kayu kayan dimakan api.

Tidak keterlaluan jika tak salah untuk menganggap medicine is choice of life. Way of life, rather than a mere sort of career.
Amboi, taksub sangat ko ni. Ha ah, taksub. Bukan, menjiwai watak sementara di dunia yang fana ini.



I had meet many comments like above.
Bahan uji kaji dr pelatih.
Like kene tikam dengan buluh sembilu. Ditikam di tapak kaki hingga tiada bernyawa lagi. Patah hati retak seribu. Berderai. 

Kalau preklinikal mungkin tak rasa pape, tapi bila ko pergi wad hari hari dan try ambik venepuncture pun tak dapat, ABG pun tak dapat, above comment merupakan semboyan perang kepada dunia dr pelatih. Dan ko dihimpit perasaan bersalah sampai ko tidur bermimpikan pesakit yang marah.

Nak belajar, pada masa yang sama taknak pesakit salah faham, mereka bukan bahan uji kaji.
Worst scenario, nanti pesakit tak bagi langsung kau sentuh, nak doktor-doktor yang berpengalaman je, yang sebenarnya bermula dengan kosong jua.
Dunia tak aman. Akan berkonflik dan bertelagah sampai kiamat, kaum pesakit dan kaum perawat.
Lain lah kalau berkesempatan boleh merasa sehari dua, doktor jadi pesakit yang dilayan macam sampah, dan pesakit jadi doktor yang tak tahu siang ke malam, yang pasti kena marah dan maki serta dituduh lembik.
Biar 2 2 sedar, yang kedua duanya rupanya asal jenis yang sama, manusia. Yang tak lari dari emosi, salah dan silap. 

Jadi jawapannya, mutual respect. Tak boleh acuh tak acuh. Masa ko nak put effort ni lah, syaitan bertanduk datang mengacau, alah, buat ala kadar je, janji lepas posting. 2 bulan je. Yelah, salahkan syaitan semaksima mungkin padahal keputusan di tangan kita jua. Ops, aku.

Integriti, rasa bertanggung jawab, dan empati harus subur dan mekar sebelum MBBS dan gelaran Dr layak diberi. Bukan mengangkat tinggi darjat Dr tapi nak menyedarkan betapa great title comes with great responsibility.
Ini tidak bermakna karier lain boleh dicemari nilai nilai songsang, cuma lain padang lain belalang. Ada selok belok dan rahsianya tersendiri takkanlah yang buta nak menunjuk jalan kepada yang celik, kan ?

Ya, jika difikir terlalu mendalam, boleh gila dibuatnya.
Tapi itulah hakikat hamba, tak mampu ke mana tanpa izin Tuan nya. 
Moga doa dan tawakkal secara total kepada Rabbu Jalil jualah yang memimpin dan terus menetapkan jiwa kita di jalan yang benar. 
Dikuatkan hati untuk menempuh perjalanan yang tak lagi panjang, supaya boleh benar benar berehat di alam kekal kelak. 

Tak perlu sehebat Superman, tak perlu sekuat Ironman, cukuplah istiqamah menjaga amanah, untuk menjadi doktor yang bukan sahaja selamat, bahkan dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Fardu kifayah.
May Allah bless us and grant us good endings and Jannah. Ameen.

#mohonperasanayatyangberbungabunga
#tempiaspsychiatricdoctor

1 comment:

manager surah baitul rahmah wa mawaddah 11-4-2 said...

hahaha.. masyarakat mmg demand lebih. kalo die ade anak yg blja medik, tau la mcm mane perasaan anak die bile org kate nak buat uji kaji. kepoh je lebih.. dhey, ko ingat org suke2 ke nak cocok branula, nak ambik darah, nak buat VE, nak masukkan CBD, nak conduct delivery. ingt org suke2 ke nak tgk private area org pompuan kalo posting OnG. damn you. f*** off. we want to train,so that we can be an Osem Muslim Dr. so that we can treat the patient better than other Dr. we want to be a holistic Dr.

da la kalo tanye bab2 solat, jawab acuh tak acuh je. siap ade yg kate nak qada la bile da sembuh. Dhey, lu bleh janji dgn gua ke lu bleh hidup esok hari, nak ganti solat? baek ko masuk hutan kawan dgn cipan la..eh, cipan pon reti brzikir, reti beribadah kpd Yang Maha Pencipta. pastu demand2 nak Dr pompuan kat OnG, nak jage aurat. yes, i respect that, tp kalo kat luar tu tak pakai tudung, erk..baek takyah la.. naseb baek tak pernah jmpe SMS yg mntak Dr pompuan.

tp, yg paling stress skali kalo bab solat.. ibadat yg no ! yg akan di tanye kat akhirat. solat ni tiang agama..tp kalo tak solat, runtuh la tiang agama. kalo tanye bab2 solat, ade yg kate nk qada.. cait.. mazhab mane ko pegang tu.. kalo kate nk jamak bleh tahan lg... kite pom ppaham ruhksah... ak penah siap kene marah sbb tanye pasal solat kat pt.. ade yg kate mcm ni lg "ye pak cik tahu, solat tu wajib.. pakcik bukan budak skolah"..tp dlm ward x solat..adeh, tersedak koko krunch....... sepatutnye mase sakit ni la kite lg dekat dgn Al Rahman Al Rahim, tp yg sebaliknye plak yg berlaku..

as a konklusinya, kita adalah insan yg lemah.. tugas kita hanya menyampaikan, hidayah itu milik Allah... solat tak solat tu urusan die dgn Allah, kita just nak mmperingati pesakit je. kita sudah smpaikan tugas kita. bersangka baek lah, mungkin die terbaca hadis yg pelacur masuk sorga sbb bagi minum air dekat anjeng. mungkin die tgh menunggu anjeng utk di beri minum kot.. tp... takkan die ni nak jd pelacur?