Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah.
Maka yang ini adalah otak yang membolehkan 'akal pemikiran' dijana.
Sometimes, things are not going so well.
Jadi otak ada, pemikirannya ke laut.
To be honest, being in Psychiatry posting is quite frightening.
Kita yang ada pemikiran yang waras ni, tak pernah nak menghargai nikmat ni.
Bayangkan, ada orang yang sihat tubuh badan, tapi tak berapa sihat daripada sudut pemikiran, maka dia tak dapat menikmati perjalanan hidup dia sendiri.
Fuh, sorry I don't any word to describe the suffering, lagi teruk lagi sakit fizikal lain rasanya.
Tak sanggup, tak sampai hati. Kita ni melihat je, berat lagi bahu yang memikul.
Tapi orang cakap, orang gila ni separuh kaki masuk syurga. Padanlah dengan ujiannya di dunia ni.
I have few stories regarding so called orang gila di kampung aku sendiri.
Sekarang baru nak faham, yang depan rumah aku dulu adalah pesakit mental, yang boleh dirawat sebenarnya jika diikhtiarkan. Ada masa dia okay, ada masa dia akan duduk atas jalan sambil pegang parang. Penunggang motor yang lalu kena patah balik kalau tak merasalah parang tu.
Dulu ada budak-budak yang nakal, pergi provok, pastu kene kejar dengan parang, maka larilah bertebaran. Aku tak join, tapi bila terkena kejar sekali cabut la. Sampai termimpi mimpi.
Tapi takde pun kes kene parang ke ape. Dia pun dah arwah.
Lagi, ade yang jenis cakap bukan main banyak, tapi dah masak ngan perangai, selagi tak dapat duit, selagi tu duk cakap tak berhenti. Bila bagi duit seringgit dua, barulah beredar.
Lagi kes yang paling tragis, wanita yang ada mental retardation, yang suka merayau di kampung, yang ni aku paling cuak, sebab dia akan ketuk pintu rumah sampai dapat duit. Kadang kadang kakak aku bagi air, kuih ke. pastu dia blah la.
Kemudian, aku dapat tahu dia kena serangan seksual oleh lelaki tak bertanggungjawab. Sampai mengandung. Dan ada anak. Kesian. Memang kesian.
Ada manusia yang gila, tapi manusia yang paling teruk atas dunia ni adalah manusia yang takde hati perut.
Akhir cerita, si wanita yang aku maksudkan tadi, meninggal dilanggar kereta. Dan anak dia masih ada.
Pensyarah psikiatri yang mengajar kiteorang ada cakap, posting ni kalau ikut ilmu, memang banyak lah, tapi pada masa yang sama, yang penting kita ambil iktibar dan memperbaiki diri kita. Itu yang lagi utama selain lulus posting.
Masuk wad, alami sendiri bila berborak pesakit yang tak berhenti bercakap, cepat marah dan buat perkara-perkara yang sama berulang kali, geli la jugak hati.
Aku ni jenis mudah ketawa, tapi bila kita fahami betul betul masalah diorang, kita akan sedar, takde ruang untuk gelak atau ketawakan golongan sebegini.
Bayangkan, ko ade anak, yang ko tatang ibarat minyak penuh, kemudian, dia somehow terlibat dengan perkara-perkara yang tidak elok, di luar kawalan ko, dan dia terlibat dengan dadah, pil dan sebagainya and ended up meracau-racau dan gila. Tak ke tragis, menangis dalam hati oo, bila lihat orang-orang muda diekploitasi kerana kenaifan dan sifat darah muda mereka hingga mereka jatuh dalam lubang yang hampir mustahil untuk mereka merangkak keluar kembali.
They are young people, full of potential, they are the future generation. Hancur leburlah harapan ibu ayah, harapan bangsa dan negara.
Betapa aku rasa gembira, bila tengok ada kes yang anak muda yang terjebak dengan dadah hingga jadi gila, dapat keluar daripada kitaran hidup itu, dan mulakan hidup baru.
Betapa aku rasa hancur luluh hati, tengok anak gadis muda, meracau-racau dalam wad, sebab dadah.
Tak perlu ceritalah kisah macam mana dia boleh jadi sebegitu, buat sakit hati je.
Apa-apapun, baru minggu pertama posting klinikal psikiatri, masih banyak benda yang belum diterokai. Clerking patient, balik pening, history pun ntah ke mana mana. Skills takde lagi.
Moga-moga kita sama sama dapat manfaat. Akhir kalam, take home points are :
1. Sakit mental boleh diubati. Dia ibarat penyakit kronik yang lain.
2. Kesihatan juga meliputi aspek mental dan spiritual. Sama-sama kita perbaiki.
3. Kalau jenis yang suka bangga diri, suka sangka buruk ngan orang, hati-hati. Awak ada simptom yang tak elok. Haha.
Doalah, supaya hidup kita berakhir dengan kesudahan yang baik jua. Amin.
No comments:
Post a Comment