Konfius

Salam.

Kadang-kadang dalam sesuatu perkara, elok dipendam sahaja. Contohnya, sangkaan buruk. Tak perlu diluahkan, terlepas mulut. Takut-takut yang diutarakan bertentangan benar dengan realiti. Berdosa tak pasal-pasal.

Nasib baiklah, manusia itu diberikan Tuhan telinga yang tak terlalu sensitif, seperti Superman mahupun Heroes yang mampu mendengar bisikan hati manusia di sekeliling. Sekali dengar macam seronok. 2 kali dengar bahaya, sebenarnya membawa bahana kepada ukhwah dan hubungan sesama manusia.

Perasaan itu berbeza antara satu manusia dengan manusia yang lain. Itulah resam ragam manusia. Bukan senang nak menangi hati seseorang, bukan susah pula untuk merosakkannya sekelip mata.

Jika bukan rahmat Allah swt yang dikurniakan kepada kita semua, sudah tentu hubungan antara manusia, sama ada hubungan ibu anak, kawan, sanak saudara, adik beradik, laki bini akan terputus. Mujurlah, masih terdetik dalam hati kita, rasa kasih, rasa bersaudara ibarat air yang dicincang takkan putus.

Hubungan sudah tentu akan dirosakkan oleh beberapa faktor. Hilang toleransi, tak sabar, EGO, pentingkan diri sendiri antara top list. Hasutan syaitan tak terkecuali.

Sahabat ? Tempat kita meminta tolong semasa susah, atau yang menyusahkan kita ketika kita sudah sedia maklum susah ?
Ramai yang mencari-cari sahabat sejati, yang boleh menjadi tempat mengadu. Tapi tak ramai yang berusaha untuk menjadi tempat mengadu. Sel-fish, jual ikan. Untung sementara, orang lain dikecewa dan diperguna, asalkan hati gembira.

Ramai yang kurang faham, termasuk aku sendiri pada awal-awal dahulu, sahabat itu adalah suatu hubungan 2 hala yang berterusan sama ada waktu susah, atau waktu senang. Teringat zaman dulu, asyik nak cari salah kawan je. Kitalah yang paling betul. Mentaliti sempit. Nasib baik ada parents, boleh jadi tempat mengadu-lah.

Sekarang aku senang bersahabat, tetapi kadang-kadang timbul rasa kasihan kat orang, sebab yang ditolong itu selalunya aku. Ada ubi, ada batas, kalau larat aku balas-lah.

Namun, timbul salah faham. Terasa seperti seseorang yang lebih kepada 'busybody' dan 'diktator', bukan kawan/sahabat. Mungkin pendekatan tidak tepat dalam pergaulan. Mesej yang disampaikan dalam bentuk selfish, juga di-interpretasi sebagai selfish. Sedangkan maksud sebenar adalah untuk kebaikan individu terbabit dan juga diri sendiri. Hasilnya, yang kabur kekal kabur. Masuk angin keluar asap. Bimbang jika diluahkan lagi, hanya akan mengeruhkan keadaan. Akhirnya, tawakkal sahajalah. Jika ikhlas usaha ini, harap mesejnya sampai juga-lah. 
Disiplin, asas kejayaan.

Sekarang tinggal 16/15 hari sahaja lagi. Lama sudah tak berdepan peperiksaan besar.
Terasa ada sesuatu yang kurang, bukan setakat persiapan menghadapi peperiksaan.

Fokus. Fokus. FOKUS.

Kalau boleh, taknak lah tambah 1 tahun lagi, 6 tahun pun dah cukup lama.

Ada orang yang faham, ada orang yang kurang faham, ada orang yang tak faham, ada orang yang buat-buat tak faham. Jangan jadi orang yang ke-empat. Letih...


p/s :
Sahabat A : Aduh, letih la hari ni.
Sahabat B : Mengade-ngade, semua orang letih la.    


Anak : Abah, nak masuk bidang *  boleh x ?
Ayah : Tak perlu, kerja je elok-elok. Jadi pekerja yang cemerlang.
Anak : Erm, tapii (Masih memberontak)...


TV, surat khabar : Bla... Bla... BLa... Datuk T... Bla... Media... Blaa... Bla.


Ustaz K : Hidup biar ada prinsip.


Anak : (AKhirnya) ORAIITT ayah !! (TQ ustaz)

Pen-down semangat

Salam.

Sekadar berkongsi rasa dan pendapat.

Hari ini terasa panjang, bermula petang tadi. Sebenarnya, dari petang semalam, rasa seperti ada sesuatu yang hilang.

Ada group study tadi, belajar tentang buah pinggang, fungsi dan mekanisma perjalanannya. Terasa ajaib, banyak perkara yang kami rasakan, mudah sahaja untuk difahami, tiba-tiba hari ini, agak sukar untuk diceritakan balik melalui kata-kata. Nak kata faham, tak boleh nak terangkan sangat. Nak kata tak faham, rasanya faham je. Seolah-olah, kami belajar dari faham, kepada tak faham, kemudian faham balik. 

Rasa down seketika, macam mana nak hadapi peperiksaan kalau asyik macam ni. Ada berbelas-belas tajuk lagi belum dicover. Pening, bimbang dan helpless. Namun, rasanya ada ibrah juga. Maybe Allah swt nak sedarkan, bahawa ilmu itu sememangnya milik Dia. Kita kadang-kadang, rasa sedikit megah kalau belajar banyak, ulang kaji banyak, kononnya kitalah yang paling tahu. Hingga terlupa, memang mudah nak terima ilmu. Tapi jangan lupa, bahawa kita manusia ni juga cepat lupa. After 1 minute, forget.

Alhamdulillah, hari ni ada 2 tazkirah. Satu cakap bahawa, " Betulkan balik niat anda belajar....jangan semata-mata kerana exam.... (sungguh abstrak sekali)". Aduh, terasa. Sebab memang sekarang terlupa matlamat belajar yang sebenar. 

Satu lagi cakap ,"Exam result doesn't define you ". Apa tujuan anda hidup ? Sudah tentu bukan untuk exam semata-mata. Terasa senang hati la pulak. Tak perlu belajarkah ? Tawakkal 100% kah ?

Mudah. Semua mahukan cara yang mudah. Tapi, masih mahukan keputusan atau ganjaran yang lumayan gila-gila. 

Tak logik. Tak setimpal dengan usaha. Tapi, tak bermakna mustahil. Jimatkan tenaga anda.

Tentu pening sesiapa yang membaca coretan ini. It's okay. Same goes here.

Sangat suka : Excellence is a habit, not a single show.
Tak suka     : I don't really have a good habit.

Sekian. Wassalam.

Teguran itu penting - I luvIslam

Teguran Itu Penting
www.iluvislam.com

Oleh: Mahasiswa21
Editor: cincaugoreng

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak langsung suka ditegur. (Inilah masalah negara)
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya sesetengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu dituju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melatah,melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya inilah yang kita harus usahakan".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang di sekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah? (Telefon 3G ada 2 biji kamera depan belakang juga praktikal)

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Sumber : Iluvislam.com

Komen : 

Memegang sesuatu kepimpinan itu adalah sesuatu yang berat. Ada yang mengatakan, "Amanah itu beban di dunia, punca kehinaan di akhirat". Namun, pemimpin yang adil dan amanah akan diberikan perlindungan Arasy pada hari yang tiada lagi perlindungan melainkan yang diizinkan oleh ALLAH swt. Ada tujuh golongan semuanya, google-up lah sendiri. 

Kebelakangan ini, rasa seperti agak keterlaluan dalam sesuatu perkara, bukan nak mengungkit-ungkit, tapi agak mudah rasa terkilan dalam urusan kerja. Banyak keputusan dibuat, tapi tak ramai yang respon. Aku ke yang silap ? Kebelakangan ini agaknya terlalu bersikap diktator dan kuku besi dalam menentukan keputusan. Keperluan mengatasi rasa bersalah. 

Ingin menegur dengan cara yang baik, kadang-kadang mudah terlajak ke nafsu amarah yang membuak-buak. Pada masa yang sama juga, rasa macam tak sampai hati untuk menegur, kerana menyedari bahawa persahabatan itu jauh lebih penting. Di waktu-waktu yang genting sebegini, sudah tentu sebarang konfrontasi adalah sangat-sangat ingin dielakkan. Pada masa yang sama, kena ingat, ada hari kita menegur, ada hari kita ditegur. Baik dibalas baik, lunyai dibalas lunyai, itu resamnya. 

Banyak perkara, pertembungan 2 pihak jika dihadapi dengan rasa berlapang dada, toleransi dan masing-masing sedia untuk ditegur sebagaimana huraian yang disertakan di atas, akan berakhir dengan kesudahan yang baik. Sudah tiba masanya, kita kena ada rasa hormat kepada orang lain, walaupun kita tak pernah sama-sama bersetuju dalam sesuatu perkara. 

Waktu yang perit sebegini, haruslah kita muhasabah balik diri kita. Berkeluh-kesah dalam menghadapi kesukaran adalah tindakan yang sangat tidak matang. Sebab orang muda seharusnya berdarah pahlawan, lihat sahaja di Mesir dan Libya, anak-anak muda tak gentar akan senjata, menumpaskan rejim yang tak berhati perut. Tiba-tiba, kita di Malaysia yang aman bumi bertuah ini, hanya diuji Tuhan dengan peperiksaan besar, Professional Exam katanya, sudah rebah jatuh, hilang semangat. Tak patut, sangat-sangat tak patut. Orang lain berjuang dengan AK47 dan juga mesingan anti-pesawat lagi gagah dari orang yang hanya berjuang dengan pemadam dan pensil. Di sinilah persoalan akan timbul, di manakah letaknya sumber kekuatan kita, pada akal sahajakah (Perasan Genius)? Atau pada tawakkal sahajakah ? Atau usaha yang kuat, disertai dengan tawakkal yang sungguh-sungguh. Yang pasti, melepak di depan laptop sambil membuang masa bukanlah boleh dikategorikan sebagai usaha. (Update belog ??? Hehe)

Ayuh, muhasabah diri. Perbaiki diri. Berlapang dada dalam menerima teguran. Dan tidak pesimistik terhadap keupayaan orang lain. Hidup berukhuwwah, bertambah mawaddah.

Mulut pasangannya telinga. Wernicke's area pasangannya Broca's Area. Ilmu pasangannya amal. Perjalanan pasangannya bekalan. Hidup pasangannya mati. 

Okay lah. Cukup panjang sudah post ini. Pasti letih mata membacanya. Selamat belajar dan selamat bekerja, have nice dayS. 

WasSalam.