Salam.
Kadang-kadang dalam sesuatu perkara, elok dipendam sahaja. Contohnya, sangkaan buruk. Tak perlu diluahkan, terlepas mulut. Takut-takut yang diutarakan bertentangan benar dengan realiti. Berdosa tak pasal-pasal.
Nasib baiklah, manusia itu diberikan Tuhan telinga yang tak terlalu sensitif, seperti Superman mahupun Heroes yang mampu mendengar bisikan hati manusia di sekeliling. Sekali dengar macam seronok. 2 kali dengar bahaya, sebenarnya membawa bahana kepada ukhwah dan hubungan sesama manusia.
Perasaan itu berbeza antara satu manusia dengan manusia yang lain. Itulah resam ragam manusia. Bukan senang nak menangi hati seseorang, bukan susah pula untuk merosakkannya sekelip mata.
Jika bukan rahmat Allah swt yang dikurniakan kepada kita semua, sudah tentu hubungan antara manusia, sama ada hubungan ibu anak, kawan, sanak saudara, adik beradik, laki bini akan terputus. Mujurlah, masih terdetik dalam hati kita, rasa kasih, rasa bersaudara ibarat air yang dicincang takkan putus.
Hubungan sudah tentu akan dirosakkan oleh beberapa faktor. Hilang toleransi, tak sabar, EGO, pentingkan diri sendiri antara top list. Hasutan syaitan tak terkecuali.
Sahabat ? Tempat kita meminta tolong semasa susah, atau yang menyusahkan kita ketika kita sudah sedia maklum susah ?
Ramai yang mencari-cari sahabat sejati, yang boleh menjadi tempat mengadu. Tapi tak ramai yang berusaha untuk menjadi tempat mengadu. Sel-fish, jual ikan. Untung sementara, orang lain dikecewa dan diperguna, asalkan hati gembira.
Ramai yang kurang faham, termasuk aku sendiri pada awal-awal dahulu, sahabat itu adalah suatu hubungan 2 hala yang berterusan sama ada waktu susah, atau waktu senang. Teringat zaman dulu, asyik nak cari salah kawan je. Kitalah yang paling betul. Mentaliti sempit. Nasib baik ada parents, boleh jadi tempat mengadu-lah.
Sekarang aku senang bersahabat, tetapi kadang-kadang timbul rasa kasihan kat orang, sebab yang ditolong itu selalunya aku. Ada ubi, ada batas, kalau larat aku balas-lah.
Namun, timbul salah faham. Terasa seperti seseorang yang lebih kepada 'busybody' dan 'diktator', bukan kawan/sahabat. Mungkin pendekatan tidak tepat dalam pergaulan. Mesej yang disampaikan dalam bentuk selfish, juga di-interpretasi sebagai selfish. Sedangkan maksud sebenar adalah untuk kebaikan individu terbabit dan juga diri sendiri. Hasilnya, yang kabur kekal kabur. Masuk angin keluar asap. Bimbang jika diluahkan lagi, hanya akan mengeruhkan keadaan. Akhirnya, tawakkal sahajalah. Jika ikhlas usaha ini, harap mesejnya sampai juga-lah.
Disiplin, asas kejayaan.
Sekarang tinggal 16/15 hari sahaja lagi. Lama sudah tak berdepan peperiksaan besar.
Terasa ada sesuatu yang kurang, bukan setakat persiapan menghadapi peperiksaan.
Fokus. Fokus. FOKUS.
Kalau boleh, taknak lah tambah 1 tahun lagi, 6 tahun pun dah cukup lama.
Ada orang yang faham, ada orang yang kurang faham, ada orang yang tak faham, ada orang yang buat-buat tak faham. Jangan jadi orang yang ke-empat. Letih...
p/s :
Sahabat A : Aduh, letih la hari ni.
Sahabat B : Mengade-ngade, semua orang letih la.
Anak : Abah, nak masuk bidang * boleh x ?
Ayah : Tak perlu, kerja je elok-elok. Jadi pekerja yang cemerlang.
Anak : Erm, tapii (Masih memberontak)...
TV, surat khabar : Bla... Bla... BLa... Datuk T... Bla... Media... Blaa... Bla.
Ustaz K : Hidup biar ada prinsip.
Anak : (AKhirnya) ORAIITT ayah !! (TQ ustaz)
No comments:
Post a Comment