Alhamdulillah... over and over again.

Salam,

Terbangun awal pagi, sebab sejuk sangat tidur tak pakai selimut.Ditambah pula semangat untuk menjenguk ewadi yang nyata sesak walaupun jam menunjukkan pukul 12 malam. Alhamdulillah, lagi dan lagi. Gembira tapi dengan secubis rasa 'malu'. Nyata sekali 'malu' ini bukan pada manusia.

Permulaan sem baru ini dipenuhi dengan pelbagai acara. Feedback dan kahwin, haha. Yang seronoknya, dapat modal baru untuk berbual dengan ahli keluarga, saja mengada untuk menyatakan hasrat berkahwin. Hasilnya ? Agak memberasangkan. Haha, sekali lagi. Tapi, memang bukan senang nak berkeluarga ni. Soal restu, soal pasangan, soal kewangan, selalu bermain di fikiran. Teringat cerita Ustazah, suaminya sebelum demam seminggu sebab abang ustazah tu cakap, " Bimbing adik saya ke syurga !". Nah, kalau aku pun demam mengigil-lah jugak. Isteri boleh terus ke syurga tanpa suami, tapi suami pasti diheret sama ke neraka kalau si isteri gagal ke syurga. Haduh.

A(M) like B(F), they get married. But due to B(F) fails to go to heaven, due to A(M) does not manage her well, both go to hell. Dush. Tragedy.

'Happily ever after' is exist, but for those who deserve it only. Be close to Him, ask to Him, pray to Him.

Ya Allah, kurniakanlah aku pasangan yang baik, dan zuriat keturunan yang baik-baik. Dan jadikanlah aku sebagai pasangan yang baik juga, kepada bakal isteri, juga menantu yang baik terhadap keluarga isteri. Bukan senang, dan sungguh aku kagum dan tumpang gembira kepada yang sudah berjaya.

Soal feedback, memang aku harapkan yang lagi ringkas. Cuma memang padan pun maklumbalas yang panjang, sebab kita yang memulakan terlebih dahulu, cari pasal. Saya juga sangat percaya, musyawarah yang baik, akan memberi impak yang baik kepada komuniti. Biarlah komuniti itu lebih islamik nilai-nilainya, sebab nilai-nilai yang diterapkan dalam Islam, adalah nilai-nilai yang tak lapuk dek panas dan lekang dek hujan. Maksudnya, nilai-nilai seperti amanah, berakhlak mulia, dan adil adalah nilai yang dipandang tinggi dalam masyarakat. Persetankan latar belakang keluarga, persetankan soal kaya harta atau tidak, tapi kalau individu itu kaya nilai islamik, nyata dan memang sungguh, dia akan dipandang mulia oleh masyarakat, dan yang paling utama tinggi darjat di mata-NYA. Dia pasti sangat beruntung di dunia, sudah pasti berjaya di akhirat.

Sem baru kali ni banyak sungguh program, harap dapat membahagikan masa dengan baik dan berusaha dengan lebih tekun. ( Sokmo-sokmo doh berazam, azam tahun baru, azam maal hijrah, azam sem baru, tapi dop jadi starang mane pun, dakpe-dakpe kate orang biar ade niat doh huduh-huduh pun )

Akhir kalam, banyakkan bersyukur atas nikmat, redha dengan musibah, yang mungkin menjadi kaffarah atas dosa-dosa aku yang banyak ini.

p/s : Tidak boleh lupa penderitaan rakyat Syria yang diperlakukan begitu kejam,  orang awam dibunuh tanpa belas kasihan oleh tentera yang lengkap bersenjata, nyata mereka jauh menyimpang dari jalan kebenaran.

5 comments:

Faariis said...

alhamdulillah. nikmat Allah tak terhingga. segala keputusannya adalah yang terbaik! so, emang tolong aja aku!!!

fatin said...

tahniah..mst mantap sgt nih..=)

aiman_masri said...

@faris : Aku tolong share ilmu tapi tak reti nak ajar...

@fatin : terima kasih. Mantap sgt pun x sampai tahap ko. apa pun, aku rasa puas hati. Alhamdulillah.

fatin said...

haha..tau ke aku dpt bape?xmntpla..

aiman_masri said...

Tapi ko memang hebat pun... haha...