Kerana Radix

Salam,

Ini post saya yang ke-100, (wooo, tepuk tangan !!).

Minggu ini banyak perkara nak dibuat. Yelah, aku selalu cakap dan merungut benda sama kan. Dah bosan bace kan. Fine.

Tengah hari tadi, aku antara orang yang paling gembira kat fakulti ni, tapi setengah jam lepas tuh, aku antara orang yang paling 'tersinggung' kot di fakulti ni. Butthurt bahasa kampungnya. Tersangat butthurt, sampai rasa nak plan jalan balas dendam. Nah, biar ko rasa apa yang aku rasa. Aku salahkan diri sendiri jugak, sebab kalah pada refleks semulajadi kemarahan.

Sebabnya, setelah banyak berikan effort, rasanya macam tak dihargai sahaja. Aku pilih jalan itu sebab aku nak berkongsi, aku taknak menyusahkan diri dan orang lain terutamanya, tapi akhirnya, simply mereka kata mereka tiada lagi minat, tiada lagi manfaat buat mereka. Dengan kata mudah, mereka taknak beban. Sebab segalanya mereka definisikan sebagai 'beban'.

Sekarang aku sedikit hilang punca, buat apa lagi mereka bersama aku, atau buat apa lagi aku bersama mereka. Jauh untung aku berbanding mereka kalau kerjasama ini tidak lagi wujud. Dengan kerja menimbun ditambah pula dengan acara bidan terjun, jauh senang aku delete sahaja 'folder-folder' yang menyakitkan hati. Yang 'makan ruang' hardisk keikhlasan hati. Grrrr.... 

Astaghfirullah...
Takpelah, biar kemarahan aku sampai di sini sahaja, basi dengan masa, hanyut dengan mimpi, agar esok aku bangun jadi manusia yang lagi kuat emosi. Umat Islam fikiran mereka selalu positif. Positif pada Tuhan, positif pada manusia.
Esok mungkin yang lebih baik menanti aku. Amin.

p/s: Bila dah terkena ujian berat, segala ujian yang lain nampak kecik je.

No comments: