Mereka perlu takut.

Salam, saya masih teringat betapa saya begitu janggal menerima pelawaan seorang sahabat untuk menghadiri suatu konvensyen. Antara sebab utama ialah saya begitu alergi dan alah kepada 'kesesakan' manusia. Haha. Namun, saya persetankan alergi itu, dengan harapan agar maju setapak ke hadapan dalam perhubungan dengan masyarakat luar.

Apabila saya menulis tentang "Pembuli Perasan" dengan penuh emosi, terselit satu harapan untuk melihat realiti komuniti para ilmuan yang harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain. Yang gagah menepis fitnah, yang gagah menongkah arus. Bukan seperti lalang.

Alhamdulillah, kemudian saya dapat melihat golongan itu. Luput segala kekusutan di minda buat seketika. Seronoknya melihat bila para ulamak pun begitu mesra bergurau senda dengan yang lain. Yang bersikap tengah, lembut dalam tegas tapi tidak cenderung pada liberalisasi.  Ya Allah, hubungkanlah dan kuatkanlah hati-hati kami, agar kekal teguh bersatu di jalan-Mu !

Hati muda ini begitu teruja, melihat gerombolan anak muda yang lain. Yang juga punya pendapat yang sama. Saya tekad kali ini, nak menjadi sebahagian dari revolusi. Saya tidak maksudkan perjuangan gelojoh tanpa adab, penuh rasa tinggi diri dengan memandang rendah usaha orang lain. Ya, saya bukan dari mereka. Anda pula bagaimana ?

Kata pujangga yang dikongsi oleh Ust. Hasrizal dalam tulisannya masih terbayang di minda saya, " Kekuatan pemuda harus digabungkan dengan kebijaksanaan orang tua.". Barulah hasilnya cantik.
Lebih teruk lagi, sekarang KITA berdepan dengan masalah, " Golongan pemuda tiada lagi semangat, dan golongan orang tua tidak lagi bijaksana".

Akhir kalam,
Suara majoriti senyap yang mahukan perubahan dan pembaikan dalam kancah politik negara juga perlu diberikan perhatian. Saya selalu mengingatkan diri, apa-apa kejahatan akhirnya akan disanggah jua dengan kebenaran. Sejauh mana, selama mana kejahatan itu di'diam'kan, akhirnya kelak, akan datang satu golongan yang akan membongkar dan menentang kezaliman. Saya doakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia, yang Muslim terutamanya... Amin. Tidak lupa untuk rakyat Palestin dan Syria. Yang zalim itu pasti jatuh, itu hukum 'fizik' yang sudah lama terbukti  !!

p/s : Menaip blog dengan Ipad tak seronok.... akhirnya laptop juga yang terbaik. hehe.

No comments: