...Balik Kerja...

Salam...

Alkisah...

Jam tepat menunjukkan pukul 10.30 malam, dan Aliff bertemankan patung Power Rangers-nya masih lagi sabar menunggu kepulangan ayahnya, En. Mazidul dari pejabat. Selang 15 minit kemudian, terdengar bunyi kenderaan memasuki perkarangan rumah.

En. Mazidul : Assalamualaikum.

Aliff : Waalaikumussalam. Yeay3, ayah dah balik !! - Gumbira

En. Mazidul : Ni kenapa Aliff tak tidur lagi ni ?? Dah lewat malam ni. Ibu mana ? - Bengang

Aliff : Aliff memang nak tunggu ayah balik. Ibu ada kat dapur, tengah basuh baju.

En. Mazidul : Aliff... lain kali tak perlu tunggu ayah balik, esok sekolah nanti mengantuk pulak. Kan pagi esok boleh jumpa ayah lagi masa bersarapan. Mari ayah hantar kamu ke bilik tidur. Ibu kamu pun satu hal, kenapa dibiarkan anak tidur lewat2 malam ni. Hish...

Aliff : Erm, sebenarnya ayah, ada perkara yang Aliff nak beritahu ayah ni.

En. Mazidul : Aliff, kalau ye pun, tunggu la pagi esok... Ayah penat ni baru pulang dari kerja. Dah la trafik sesak tadi. Ayah letih nak tidur. Aliff nak suruh ayah belikan mainan untuk Aliff ke ? Tak cukup lagi ke mainan yang Aliff dah ada ? Tengok patung 'Power Rangers' ni... baru je ayah belikan minggu lepas. Dahlah, jom naik tidur.

Kemudian, kedua anak beranak tersebut menuju ke bilik tidur Aliff. Bilik tidurnya memang penuh dengan mainan. Patung bersepah-sepah, maklumlah 'budak' la katakan.

Di bilik tidur...

Aliff : Erm... Ayah, berapa gaji ayah untuk satu jam ek ??

En. Mazidul : Gaji ayah tak la mahal, RM 50 satu jam. Penat ayah kerja siang malam tau, jadi Aliff kena belanjakan duit yang ayah berikan dengan cermat, jangan ingat nak beli mainan je.

Aliff : Oo, okey. Ayah free tak malam esok ? Ibu cakap yang dia nak masakkan makan malam untuk kita. Ayah suka makanan apa ek ?

En. Mazidul : Tak boleh. Ayah ada temu janji dengan klien esok. Ada urusan bisnes dari Jepun. Ibu ni pun satu, kalau plan buat apa2, beritahu la dulu. Suka hati je. Hish. Dahlah Aliff, tidur cepat nanti esok bangun lambat pulak.

Aliff : Erm... ayah...

En. Mazidul : Ada apa lagi ? ( banyak songeh pulak )

Aliff : Aliff nak pinjam duit ayah RM30 boleh ? Boleh la ayah....

En. Mazidul : Nak buat apa ? Nak beli buku nota ke ?? Nah, ambik RM30 ni, tapi syaratnya takde mainan untuk sebulan. Dah, ayah nak tutup lampu dah nie.

Aliff : Okey. Terima kasih ayah.

Kemudian, Aliff mengeluarkan 2 lagi keping not RM 10... yang terlipat disimpan di bawah bantalnya...

En. Mazidul : Eh, mana Aliff dapat RM 20 ni ?? Dah ada duit kenapa minta lagi dari ayah ?? Aliff... Aliff...

Aliff : Aliff simpan duit saku Aliff Rm10... tadi Aliff minta tambahan Rm10 dari ibu...

Ayah, ni Aliff bayar kepada ayah Rm 50. Aliff nak bayar harga satu jam ayah bekerja untuk malam esok. Ayah balik awal esok ye, Aliff nak makan malam bersama ayah dan ibu. Dah lama kita tak makan sama2... Boleh tak ayah ?? Boleh la ayah... boleh la.... Ke tak cukup gaji yang Aliff beri tu ayah ??

Aliff memujuk ayahnya sambil memegang erat tangan ayahnya...

En. Mazidul terkedu sebentar. Jauh sekali pemikiran anak kecilnya itu. Dan betapa dahaganya seorang anak akan kasih sayang ibu bapanya yang sibuk mengejar apa yang dikatakan " kebahagiaan ", hingga terlupa perlunya meluangkan masa untuk anak-anak sendiri.

Dengan mata yang berair...

En Mazidul : Sudah tentu bOlehh... Aliff kan anak ayah... Ayah sayang Aliff...

Pn. Fatimah yang sejak tadi memerhati gelagat kedua anak beranak itu hanya mampu tersenyum, betapa dia juga merindui saat-saat sebegitu rupa.

P/s : Cilok orang punya...

HARGAI INSAN YANG TERSAYANG, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...




...Ambush...

Salam...

Berita terkini... 21 Disember 2009...

AMPANG : Penghuni beberapa buah rumah/hostel berdekatan dengan Kampung Cheras Baru di sini gempar dengan kehilangan peralatan-peralatan mereka yang disyaki berlaku pada awal pagi/tengah hari tadi. Kejadian tersebut hanya disedari para penduduk apabila pulang dari pejabat/fakulti masing-masing pada petangnya.

Antara barang-barang yang hilang termasuklah hot plate, beberapa buah mesin basuh, toaster dan yang paling mengejutkan ialah sebuah water filter yang dianggarkan berharga Rm 2 ribu ringgit. ( Fuyyo )

Sebahagian besar penduduk nyata terkejut dan hampir tidak percaya bahawa kejadian sebegitu boleh menimpa mereka. Salah seorang penduduk yang ditemu bual oleh wartawan menyatakan bahawa sebelum ini mereka telah diberi amaran bertulis oleh kumpulan suspek supaya menyimpan/menyembunyikan kelengkapan rumah mereka. Namun, amaran itu telah diendahkan dan pihak suspek telah bertindak agresif merampas barangan penduduk.

Pihak berkuasa telah mengesahkan kejadian tersebut dan menafikan ada unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu. Pihak berkuasa juga yakin bahawa motif utama suspek adalah untuk menyedarkan para penduduk supaya tidak membawa barang-barang larangan di rumah/hostel masing-masing.

Walau bagaimanapun, rata-rata penduduk agak 'naik angin' dan tidak berpuas hati dengan tindakan suspek merampas barangan kesayangan mereka itu. Namun, ada juga yang akur dan bersabar dengan kejadian tersebut dan menjadikannya sebagai iktibar pada masa depan.


P/S : Beringat2 sebelum kena... Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya... Pandai makan, Pandai simpan... Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.

" Kamu jangan macam-mcam ya !! " :P

Berakhirlah episod suka dan gembira...

Salam...

Hurm~

Esok dah kena balik ke Glenview... ( GN )

I wonder what is my result for the first sem... Hope not so bad... B minus or plus would be great... (sape la kite kan)

Minggu depannya kena tunggu kelahiran anak saudara lelaki yang pertama... I already have four nieces*...

Aku dah pasang katil budak untuk bakal2 anak saudara aku nih... dan almari baju... wasiat drpd Nenek diorang. Bukan untuk menunjuk, tapi sebagai amaran kepada diorang supaya x ingkar akan arahan Pak su nye nih...

Berjam2 aku pasang katil budak tuh... punyalah berbelit, dh la instructions sikit... Nasib baik jadi jugak katil budak akhirnya... Siap dengan kelambu tuh... Nyamuk pun boleh sesat dlm kelambu tuh, kalau berani masuk lah...

2 minggu duk umah memang best... walaupun hujan, sempat la jugak keluar dengan kawan2... berfoya2 main bowling, walaupun aku kalah teruk...

Selain tu berjaya jugak menghabiskan game THE GODFATHER... Best siottttt !!! Mafia ala2 Itali tuh... tp 18 PL+ 18 SG... sikit2 lah, x banyak pun... but still tak boleh lawan Yakuza 1 and 2...




Don Corleone...



...Burn Baby Burn...




Ambik ko !! Pom2...



Bila aku cakap kat orang dah kena balik usim, semua tertanya2... Asal macam tuh ?? Anak2 diorang semua cuti sebulan, sebulan setengah, dua bulan... Aisey, jealous i.... tp uia pun cuti 2 minggu gak... Hehe...

tapi x pe lah, different universities, different schedules... Nak buat mcm mane kan...

Sem Baru, Tekad Baru...

p/s : Semoga aku menjadi pelajar yang rajin dan berjaya untuk sem baru ni dan hingga akhirnya... Insya Allah...

Glenview !! Aku cabar kau !!!! hehehe...

En Iman dan Bosnya...

Salam...

alkisah....

Iman : Salam.

Diri : Salam. Hai En. Iman, lame x datang pejabat 2 3 minggu nie ?? Kamu x habis cuti lagi ke ??

Iman : Bila masa saya cuti bos ?? Bos, yg x nak saya datang kan ?? Saya kan diberikan cuti tanpa gaji. Ingatkan dipecat dah.

Diri : Ha'ah, lupa pulak. Itu lah, saya ingat lepas lantik En. Nafsu jd Ketua Pengarah syarikat, segala urusan akan jadi lebih terurus dan bertambah untung. Alih2, lain yang diharap lain pulak jadinya. Kelam kabut syarikat dibuatnya. Pagi tadi saya pergi ke kuliah Subuh, teringat pulak kat kamu.

Iman : Oo, jadi sekarang Bos nk lantik balik saya menjadi Ketua Pengarah syarikat ? Saya boleh ganti tempat En. Nafsu ??

Diri : Eh, tak boleh macam tuh.

Iman : Kenapa pulak ?

Diri : Saya sayang nk pecat En. Nafsu, walaupun saya tahu yang hasil kerjanya buruk, dia berjaya menambat hati saya, menghiburkan hati saya.

Iman : Baiklah kalau begitu, biarlah saya berundur diri.

Diri : Eh, jangan begitu. Saya sebenarnya perlukan kamu berdua untuk kepentingan syarikat.

Iman : Mana boleh bos. Saya berbeza dgn En Nafsu. Macam langit dan bumi. Dah lah tu, En Nafsu memang sangat ANTI dengan saya.

Diri : Ha'ah, serba salah la pulak dibuatnya.

Iman : Bos hanya boleh pilih satu antara kami berdua. Bos perlu bermujahadah untuk pecat En Nafsu. Nanti semakin parah syarikat dibuatnya. Silap haribulan boleh muflis papa kedana bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam hati saya memang saya perlukan kamu En Iman. Iri hati saya melihat syarikat ustaz di sebelah. Maju sungguh. Orang macam kamulah yang akan bawa syarikat ke jalan yang benar. Untung berlipat kali ganda.

Iman : Baguslah Bos dah sedar.

Diri : En Iman, awak boleh kembali bekerja, sekarang pun dah boleh mula. Tolonglah tubuhkan balik jabatan2 solat, zikir, qiraah, puasa dan mana2 yang patut. Asalkan syarikat kita dpt untung.

Iman : Baiklah Bos, tapi dana Istiqamah kena cukup. Kalau tak, tak ke mana usaha2 ini. Jika Bos x bersungguh2, saya akan mengundurkan diri. Saya hanya bekerja dengan orang2 yang ikhlas je.

Satu lagi Bos, saya nak ingatkan Bos, hati2 dengan skim cepat kaya yang dianjurkan oleh En Syaitan.

Diri : En Syaitan ?? Macam pernah dengar. Bukan dia menawarkan keuntungan, kemewahan dan hiburan yang sungguh menarik ??

Iman : Memang la Bos. Tu hanyalah janji2 manis Bos, tipu daya semata2. Sudah ramai yang terperangkap dalam skim tuh. Alih2 diri sendiri yang binasa. Saya harap agar Bos berhati2 dengan kelicikannya memujuk Bos.

Diri : Baiklah En Iman, saya akan ingat pesan En Iman tuh.

Iman : Alhamdulillah. Moga2 Bos sentiasa dalam rahmat Allah swt. Saya yakin x lama lagi syarikat kita akan mendapat anugerah Mukminin dan Mutaqqin. Selamat di dunia, Bahagia di akhirat.

Diri : Insya Allah. Jom kita sama2 bekerja.

" Manusia yang hebat bukanlah manusia yang berjaya menawan sesebuah negara, tetapi manusia yang HEBAT ialah manusia yang berjaya MENGUASAI DIRINYA SENDIRI " - Madah Pujangga.

Salam... Have a nice day...

p/s : Dikorek dr majalah SOLUSI...

...Senangnye...


Salam pembuka bicara...

Ada 2 paper lagi, kemudian merdeka 2 minggu... Huhu... kejap jer...

Takde ape2 sangat nk share kali nie... Cuma sampaikan sedikit pendapat... Huh ??

Ye la kan, umur semakin meningkat, hari berlalu demi hari...

Exam demi exam yang ditempuh... ujian yang pelbagai, dan Yang PALING dinilai dan jelas di mata ialah peperiksaan bertulis yang kita amik setiap semester, baik SPM, PMR dan UPSR ketika di sekolah....

Kadang2 pemikiran dan pandangan manusia menjadi begitu sempit, semuanya kerana PEPEriksaAn...

Maksudnya, baik buruk seseorang kadang2 dinilai dari segi keputusan peperiksaan individu yg berkenaan... ???

Kadang2 orang yang mendapat kejayaan cemerlang disanjung2... terlalu melebih2... manakala orang yang gagal pula diangggap tidak ada harapan... peMALAS... X cukup usaha... Lembab... B@$%h, IQ rendah dan sebagainya...

Yang paling teruk, orang yang cemerlang merendah2 kan keupayaan orang yang gagal @ pencapaian sederhana, menganggap dirinya Hebat !!... Genius !!... Sombong... Angkuh...

Pernyataan ini adalah berdasarkan pengalaman setakat ini... mungkin berbeza dengan para pembaca... p/s : Setiap pandangan lain boleh dikongsi...


SO WHAT ???

Bukan apa, penulis ingin mengajak diri sendiri dan para/seorang pembaca agar menilai balik kehidupan kita...

Kadang2 kita mungkin termasuk dalam golongan di atas, yang cepat angkuh dan lupa diri apabila berjaya dalam sesuatu perkara... Suka merendah2 kan orang lain apabila mereka berdepan kegagalan...

Betapa senangnya kita menilai kualiti seseorang hanya dengan melihat kepada keputusan peperiksaan individu terbabit semata2... Jika elok keputusannya, eloklah perangai dan orangnya... Jika buruk keputusannya, mula la nak mengata, mengutuk dan sebagainya...

Peperiksaan demi peperiksaan... hinggalah sekarang... Fenomena nya begitulah...

Cuba kita selami dan hayati balik...

Jika seseorang itu berusaha bersungguh2... Tuisyen siang malam... Berjam2 di meja belajar... Tapi resultnye teruk... Adakah wajar dia dikutuk di belakang ??? Adakah wajar mengatakan bhw Dia sememangnya ber IQ rendah ??? Wajar ke ???

Dan jika seseorang itu belajar, the very last minute... tapi nasib baik... soklan spotnye kene sejibik... lalu dia mendapat keputusan yang sgt cemerlang... Alhamdulillah... Mungkin itu rezeki die... Nak buat macam mana kan... tapi wajarkah dia menganggap dirinya genius ??? huhu...

HABIS TU ??

Saya x bermaksud utk menyatakan bahawa gagal itu bagus, jauh sekali menganggap kejayaan2 yang diperoleh semuanya berdasarkan nasib baik semata2... "Good luck la katakan"... tapi...

just sekadar utk mengingatkan... JAnganlah cepat melatah apabila keputusan peperiksaan keluar... Jangan cepat menilai keupayaan individu hanya kerana peperiksaan...

Ada banyak lagi faktor yang menjadikan manusia itu tinggi nilainya... iaitu dengan mempunyai budi bahasa yang tinggi... Bersyukur dan merendah diri apabila berjaya... Sanggup membantu yang lemah dan gagal untuk bangkit kembali...

Kita takkan ke mana dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang... bak kata orang...
The success don't promise the same for tomorrow...
Failure today is not the end of tomorrow...

BERSYUKURLAh jika berjaya...
BANGKITLAH jika gagal...

Jauhkan diri dari sifat2 takabur... Riak dan Sombong... " Inna lillah wa inna ilaihi raji'un " ....

...Sokmo2 gitu...

Salam...

Lama pulak rase x post sumtin kat bende alah nie...

Well, nk periksa la katekan... study 22xx !! Semua org dh kalut dh ( termasuk aku ), Jiwa Kacau, Bengang, bkn Bangang... berkepit je ngan buku... BANGUN BUKU, TIDUR BUKU, MAKAN BUKU, MANDI BUKU, MUKA BUKU... dn macam2 buku lagi...

And then, there is sumtin funny when it comes to exams...

Someone @ lot of ones @ urself will tell u and ask u these phrases...

" HOW to study hah ??? "
" Byk nye kene bace, ni buat aku lemah smgt nk study nie...."
" Haih, aku x jumpe2 lg cara study yg berkesan, sesuai dgn aku nie "
" Sedang aku syok membace buku, tibe2 je lepas tuh buku pula membace aku "
" BAce pun lupa jugak, lebih baik duk rileks je "

yg nie pelik skit : " Petang nie jgn lupa ya, pkul 5. 30, futsal "


APa ke JADAh nye ???

Macam2 ragam tyme org nk periksa nie, majoritinya berubah 360 darjah bila masuk saat2 exam...

Ade yg berkurung dlm bilik... taknak keluar lansum....
Ade yg sanggup bersengkang mata, pkul 4-3 pagi tido lagi...
Ade yg selamba badak tido je memanjang...
Ade yg bermasam muka, emotionless... Gumbira ?? agak jarang...

Kawan2 pun mula start mengirim barang...

" Ko nk gie ane ?? Beli kan aku nasi goreng sebungkus, cepat tau !! "

Mintak tolong itu, mintak tolong ini...

X salah pun, tapi berpada2 lah dlm mintak tolong.. ingat la skit, kwn 2 pun nk study gak... same course tuh... Bertimbang RASA kate org...


Anyway, POKOKnya (amat rendang sekali ) di sini, sy ingin mengingatkan diri sendiri dan juga kawang2 seperjuangang sekaliang....

DON'T BE PANIC ( at the disco ), STay COOl, STAy SAFE... apabila nk periksa nih...

Alaa, bukan sekali dua kita dh menghadapi peperiksaan, sokmo2 dh kan...
PTS, UPSR, PMR, SPM... Sumenya dh kita lalui, JGN anggap exam yg seterusnya sebagai sesuatu yg membebankan... " Mcm x biase plak.... "

Hinggakan khidupan biasa kita terjejas... Contohnya, mengurung diri dlm bilik... X makan, x minum... Ambil Kafein ( NEscafe, Tongkat Ali, Super Power, KOpi Janggut ) berlebihan utk stay fresh... Don't Push URself over the limit...

GEt A Rest and Nourishment...
ANd Feel the Difference...

Keluarkan peluh tuh... yang byk toksin tuh... dengan bersenam... MEN futsal, Badminton (SUFA), Pingpong, Jogging... Berblogging ?? dan sebagainya... release Tension skit...

Akhir kata,

Sambil berusaha, sambil tu juga kita mengangkat tangan ke hadrat Ilahi... moga2 usaha kita ni membuahkan hasil yang cantik lagi molek... INGATLAh !! Bhw segalanya MUNGKIN dgn IZIN ALLAH swt...

SALam...

Tips penting : " Kalau kamu x boleh nk amik semua, jgn tinggalkan semua "
" BAce je mane2 yg patut, extra knowledge will give u a step forward "
" BAce sikit lebih baik dr x bace langsung "
" Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian jgn frust nonggeng : p "

P/S : The nightmares gonna haunt me 3 weeks more... Arghhhh...


Ape2 aje la...


Salam... khas utk geng2 Usim...



Periksa dh dekat... 2 minggu lagi... Cannot stop the countdown... The bad is we're going to have the exam, the good is we're going to have the break after that...


Dengan ini aku ingin sekali mengucapkan, "All the best" utk
semua kawan seperjuangan... dan juga "good luck"... "bitaufiq wannajah" walaupun 'mungkin' ( memang ) ade pertelingkahan dan konflik dlmn... hrp kita jgn jdkan mslh nie sbg punca kita lemah smgt utk terus berjuang.... mungkin ada hikmah di sebaliknya... aku sedang mencari2 hikmahnya dan aku rasa aku telah temui puncanya, ego manusia, dan mungkin ini akan menjadi platform supaya kita lebih akrab di masa hadapan...

I always said that, we gonna have another 6 years together... so, try to learn a
nd understand our friends' behaviours and feelings... I'm also trying right now...

BUruk ke... Baik ke... KIta akan selalu berjumpa dan berurusan dgn kawan2 kita nie selama 6 tahun lamanya... lain la ade yg berpatah hati dan keluar dr Fakulti... dan aku yakin tiada org yg sebegitu rupa... U know what i'm saying...

Kepada kwn2 aku yg nk amik Muet... jgn mudah hilang punca... kami akan setia di belakang anda semua.... Biasalah hidup ada kepayahan, ujian yg pelbagai... tp jgn lupa... hidup ini sememangnya begitu... mana ada masa utk bersenang2 tanpa mslh...

Akhir kata, jgn lupa utk doakan kejyaan aku sekali... Memang
manis utk berjaya dlm peperiksaan... Tapi lagi manis kalau kita berjaya bersama2... biar semua org dpt anugerah dekan...don't afraid to have great number of excellent students... fakulti pasti masih mampu utk membiayai hadiah2 kita... HAHAHA...

Salam. Yg baik itu dr Allah swt, yg buruk itu dr kelem
ahan diri sy sendiri...

Manusia hanya merancang, Allah swt yg menentukan...




...Hari Yang Bahagia...

Assalamualaikum pembuka bicara...

Al-kisah pada hari ini, 14 Oktober 2009, penuh kejutan dan kebahagiaan...

Ai, bunyi laen mcm je... bak kate orang... semalam itu sejarah, esok penuh kejutan dan tanda tanya... expect the unexpected spt kate org kg I... he3...

Islam menggalakkan umatnya untuk berpagi2 dlm kehidupan seharian... maksudnye, bangun awal2 untuk mempersiapkan diri menghadapi hari yang baru...
Insya-Allah murah rezeki dan segar tubuh badan...

Diringkaskan cerita, hari ni kiteorg baru dapat bayaran biasiswa JPA...
2 bulan setia kami menunggu... akhirnya tiba juga... Alhamdulillah... syukur... masyuk jugak la...


Mcm2 perkara budak2 ni nk buat... Yang paling panas, masing2 berura-ura utk kahwin awal... Tahun 3 katenye... ape2 je lah... Aiman x kisah... ini menunjukkan sifat kami masih normal... (bukan gatal ye).... mengikut fitrah semula jadi manusia... Dah jadi trend baru, pelajar2 berkahwin muda, mengelak fitnah katenye... Alhamdulillah, ade kesedaran....

BUT, i got the other news from my sister about my mom... the good and the bad ones...

The bad is she involved in an accident with the BUFFALO in my village... in the early morning today... the car, orange Gen 2 crashed, the Buffalo lost his life in that tragic accident... until now, no one has claimed as the owner of the buffalo...


The good is, she managed to escape that accident with no harm... but with little trauma I think... but she just sounds fine although the car was badly wrecked, after hit the buffalo, then she hit the big water pipe besides the road...


Alhamdulillah, it was a miracle that my mother is safe because the car did not have the air bag safety system... Thank God...
I am so relieved to hear her voice again...


Biasanya,
kesedihan akan segera dikaitkan dengan belas ihsan dan pengharapan....


tapi, kegembiraan pula seringkali disalah tafsir dengan kebebasan... jauh sekali daripada nilai2 kesyukuran yang seharusnya diamalkan...


Maksudnye, apabila kita sedih, kita segera mencari pertolongan Allah swt, tapi kalau kita dah senang, banyak harta, sihat wal afiat... kita mudah lupa... kita mula ingat dunia ini... "Ana yang punya !! "... Berfoya2 di sini sana... nk ucap syukur pun terlupa.... Ish3...


Adakah kita tergolong dlm golongan org yang mudah lupa... ?? Atau hamba yang sentiasa merendah diri dan menghargai nikmat2 kurniaan Allah swt dengan sebaik2nya... ??


Fikir2 kan lah....


Yang baik itu drpd Allah swt,
Yang buruk itu kelemahan sy sendiri...

SALAM.... thank for lending ur ears...

Sejarah Azan... Suara di Bumi... Bergema di Semesta...




Azan 5 kali sehari..
. kadang2 7 kali sehari... ini termasuk sejam awal seblum Subuh... dan juga azan kedua ketika solat Jumaat.... sejarahnya bermula pada tahun 1 Hijrah di Madinah....

TAPi... kite tau tak sebenarnye... mcm mane sejarah azan ini disyariatkan.... tentu ada suara2 sumbang mengatakan : " Hoi ! Darjah 4 aku dh dgr psl ni lah... kisah lama jgn diulang, ah bosaaaan "

Memang la bosan, jom la preview balik.... tengok korang betul2 ingat ke tak...


Info mengenai azan ini diambil dr majalah Solusi : Isu no. 11...

Asal usul azan telah diambil drpd sumber al-Bukhari dan Muslim, daripada riwayat Abdullah bin Umar r.a....

Diringkaskan cerita, pada suatu hari, orang2 Islam telah berkumpul bg membincangkan bagaimana untuk menyeru umat Islam apabila tiba waktu sembahyang....

Beberapa cadangan telah dibuat :
1. Membunyikan loceng sepertimana orang Nasrani.
2. Meniup trompet seperti dilakukan oeh orang Yahudi.
3. Mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat.
4. Menyalakan api di atas puncak bukit.

Walau bagaimana pun, semua cadangan ini telah ditolak... lalu Saidina Umar al-Khattab mencadangkan agar teriakan " Telah datang waktu solat " dilaungkan....

cadangan ini diterima tetapi diubah oleh Rasullulah s.a.w dengan laungan " Assolatu Ja'miah " yang bermaksud " marilah bersolat berjemaah "...



Manakala, sebuah hadis lain yang diriwayatkan Abu Daud drpd Abdullah bin Zaid r.a.

bhw beliau telah bermimpi...
berjumpa dengan seorg lelaki yg membawa 'naqush' ( loceng )...

terjadi lah dialog antara keduanya :

Abdullah bin Zaid r.a : Wahai hamba Allah ! Adakah kamu sedia menjual 'naqush' itu ??

Pembawa loceng : Apa yg ingin kamu buat dgnnya ??

Abdullah bin Zaid r.a : Kami ingin menggunakannya untuk menyeru kepada Solat....

Pembawa loceng : Mahukah kamu, aku tunjukkan yang lebih baik drpd itu ?? ( selain menggunakan loceng )

Abdullah bin Zaid r.a : Ya.
Pembawa loceng : Kumandangkanlah olehmu " ALLAHU AKBAR... ALLAHU AKBAR...( hingga akhir azan)...

lalu mimpi ajaib ini telah diberitahu kepada Rasullulah s.a.w.
Sabda Baginda ..." Sesungguhnya mimpi kamu itu benar "...

Abdullah bin Zaid r.a. telah diminta oleh Baginda s.a.w. untuk mengajarkan azan kpd Bilal kerana suara Bilal yang lebih bagus dan tinggi drpd nya.

Apabila azan pertama dikumandangkan oleh Bilal, segera datang Saidina Umar al-Khattab menyatakan kpd Rasulullah s.a.w bhw beliau turut bermimpi perkara yang sama sebagaimana Abdullah bin Zaid r.a...

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, " Segala puji bagi Allah ".

Walaupun azan disyariatkan hasil drpd mimpi Abdullah bin Zaid r.a dan juga Saidina Umar al-Khattab... Azan BUKANLAh ciptaan manusia atau cadangan manusia... bahkan azan merupakan wahyu drpd Allah s.w.t....

Azan juga membuatkan syaitan2 lari bertempiaran apabila mendengar seruan azan ini..... eh, kenapa syaitan lari tyme azan ??? tyme solat diorg selambe badak je kaco kite... tyme mengaji apatah lagi... tyme azan diorg terpaksa lari ???? hurm... musykil2...

APE RAHSIANYE EK ??? korek sendirik... hi3... naik lemak r sume nk kene suap....

Wallahua'alam...
yang baik itu drpd Allah s.w.t...
yang buruk itu drpd ana sendiri...





Hebatnye Tamadun BArat !!!

Pada 7 Oktober 2009 yang lalu... aku dan puak2 A-16-08 ( Hidup korang !!! )telah membuat pembentangan tentang

Tamadun Barat dan Tamadun Islam... : Sorotan dan Perbandingan...


Bukan senang nk tengok kiteorg buat presentation nie... hi3... tapi agak kelam kabut r... siap Pn. Mashitah, pensyarah Titas kiteorg tegur lg... that's serves our right... we really deserved that...

Bukan ape... sepanjang pembentangan kiteorg, aku baru perasan yg sedikit sgt kiteorg sentuh psl kecemerlangan Barat... Perang Mulut yang Ketiga berlaku menjurus kepd tamadun Islam smata2... Kerajaan Abbassiyah terutamanya...

jadi, bagi menebus keterlanjuran itu...

jom kite lihat salah satu kejayaan terhebat Tamadun Barat pada abad 20 yang lalu...
HAYYA BINA !!





Burned bOdies of the atomic explosion...



Hiroshima : Padang jarak padang tekukur... padang futsal ???



Inilah hasil dr Projek Manhanttan...




Little Boy yang dijatuhkan oleh pesawat Enola GAY di Hiroshima pada 6 Ogos 1945...
kecik tp keji....




Ini baru sedikit daripada hasil kerja pihak Barat...
Jika Nafsu Serakah MENGEPALAI diri... bak kate J-Doe...
pabila belas Ihsan mulai luput dlm diri manusia....



inilah yang berlaku...
!!!

JADI, DI MANA DAN SEJAUH MANAKAH KECEMERLANGAN SESEBUAH TAMADUN ITU DIUKUR SEBENARNYA...

hEBATKAH tAMADUN iTU jIKA BERJAYA MEMUSNAHKAN TAMADUN LAIN TANPA BELAS IHSAN DAN NILAI2 KEMANUSIAAN...

fikir2kan... Peace no war... Ma'a Liqa...
Ila salaamah...

salam... :)





Malam MPS... ( feveret topic )

salam....

smlm kiteorg ade majlis mkn mlm mps kampus pandan.... 3 oktober 2009....

ade yg best psl mende nie....

ade jugak yg tak best....

yang tak best nye.... tibe2 je hr sebelum majlis tu diadakan, aku teroffer diri jd technician or bdk2 suruhan kat majlis tuh... takpe r... aku minat gak sbenarnye...
yang tak best nye... aku trpakse pergi awal kat tmpt kejadian... pkul 12.30 tgh hr.... sdgkan mjlis start pkul 8.30 mlm....
Hahaha... kesabaran mmg menjadi keutamaan r smlm.... tgok kwn2 aku sempat lg pergi IOI mall pd ptgnye, mmg panas gak r....

pastu, aku ngan mael duk bertapa punye lame tggu kije kteorg.... kat mane part sebenar kiteorg dlm mjlis tuh.... mula2... ingat yg maen suluh2 org gune spotlight tuh... aleh2... kiteorg jd tukg tutup suis je.... aiseh.... dlm aty, " ape punye standard keje mcm nie ?? "
ape nk buat, ikut je la arahan org atas....

Tyme majlis, kiteorg mulakan tugas, cewaah... bukan penting sgt pun...
bukak.... tutup....... bukak..... tutup.... bukak......... tutup.... tengah... kiri.... tepi.... lampu stage.... tutup semua...... tutup tepi je..... TUlah kije kteorg....
mat suis la katekan... nasib baek ade mael, terubat jugak aty nie....

Tp aku duk fikir dlm tuh, org2 yg organize majlis mlm tuh lg bengang, jiwa kacau, lari sana, lari sini.... aku kire ok dpt keje paling mudah.....

part yg best lg, aku dpt cabutan bertuah... ape adiah ntah... yg penting naik stage... kuang3..... dato' nik bg adiah tu.... hehehe... tp no aku tuh... mael jugak yg tolong amikkan... baek betul mael....

akhir kate, tq kpd pengatur acara majlis and the geng.... sbb mlm best drpd mps lepas kat PICC, ade kelainan drpd majlis mkn malam biase.... maklumlah, kiteorg kan drpd skol agama, perlu ade care tersendiri....

time kasih jugak kat mael... walaupun ko tak bace blog aku nie...

salam...

Salam Pembuka Bicara... First time seh...

salam semua...

hehehehe....

hehehe....

hehhehhe....

x taw nk ckp ape...

Yang Penting... niat aku bukak blog nk mengeratkan silaturrahim... ?????
jwpn skema.... tp itulah hakikatnye.... tu pun, kalau ADE YANG SUDI LA....

satu lagi nk share2 ilmu skit2 kan...
satu lagi... sebab hak eksklusif ade blog nie... hahaha... tp tu pun kalau ade org tgok...

sebab terakhir, TO KILL THE TIME... terdesak sgt la tuh...

okey tu je... kepada budak2 sheikh abd malek 2003-2007... anda Sgt2 dialu-alukan di sini...
tidak lupa kpd sedare2 di Usim nih... dan juga sedare2 yg di luar sana yg mengenali diri ini...jgn malu utk menyapa... dunia ni kecik, lambat laun jumpe balik jugak....

okey la.... that's enough
for the first writing....
see ya... Assalamualaikum...
p/s : aku org baru, tlg tnjukkan yg slh... improve yg betul....
kalau nk beli KERONGSANG, u just found the RIGHT PERSON yeah....
BAtik Eksklusif pun ade, harge buleh bincang...

puas aty aku.... :)