JeAlousy Vs Bangga Diri

Salam...

Hari ini agak membosankan... Lalu aku "blogwalking"...

Pergi la ke LangitIlahi.com kan...

Sukee...

Bahasanya mudah, isinya mudah juga difahami...  Post yg terbaru, " Bersedia menjadi Suami "... Sebijik mcm aku selalu fikirkan... bagitau kat kawan2 yg gatal nak kawen... Huahuahua...

 “Al-Quran pun tak banyak baca.”
“Masjid pun tak istiqomah pergi”
“Subuh pun liat nak bangun”
“Kekemasan rumah pun susah nak jaga”

Kene kat batang hidung sendiri la pulak... Adui...
Tapi tadi, pergi la ke blog adik nie sorang... Ceriteranya lain pula.... Kasihan pun ada...

Aku x pernah menghadapi situasi mcm tuh... Ade org yang iri hati do'oh lalu kat dye... Kene sumpah seranah... Hurm, hati mane yang x panas kan....
Orang kalau dah iri hati sangat... MEMBABI buta... Sanggup buat ape saje... Asalkan orang yg didengki itu... Merana hidupnya... Sedangkan dia tahu, dan semua orang tahu... bahawa hasrat jahatnya... Tak AKAN PERNAH membawa kebaikan kepadanya... meskipun kadangkala keburukan yang menimpa orang yg didengki itu....

Orang sanggup menyumpah seranah, santau-menyantau... bomoh-membomoh, yang paling teruk... Bunuh-membunuh...

Kenapa lah ade wujudnya perasaan IRI HATI itu ?? 

Aku pun tertanya2... Tapi, of course lah orang akan jawab... Itu sifat semulajadi manusia... tak hairanlah...
Pokoknya sekarang... Macam mana nak mengawalnya ??? Bukan bagaimana nak Menghapuskan sifat itu... 

Dulu pernah dengar kisah... Bagaimana anak Nabi Adam a.s sendiri... Qabil telah membunuh saudara kandungnya, Habil... dan pembunuhan yang dikira sebagai yang pertama di dunia itu berlaku Kerana Iri Hati... Setelah itu, Qabil telah ditimpa rasa GUNDAH GELana, macam mana nak menguruskan mayat saudaranya itu... Lalu, diutuskan seekor gagak untuk mengajar beliau bagaimana menguruskan jenazah saudaranya itu...

See... walaupun Qabil telah berjaya membunuh Habil... Pembunuhan itu tidak langsung memberi kesan yang baik kepada Qabil...

Pengakhirannya TIDAK berakhir secara begini , " Lalu Qabil hiduplah dengan bahagianya hingga akhir hayatnya itu setelah berjaya membunuh Habil kerana mengikut perasaan dengkinya itu. "

Oh ! Tidak sama sekali. Allah Maha Adil, tiada Tuhan yang seadil-adilnya melainkan Dia.

Maka adapun si yang kene iri hati itu pula, dikira sebagai orang yang teraniaya... Maka telah sepakat seluruh ahli2 agama berdasarkan mafhum hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah saw... Bahawa orang yang teraniaya itu Makbul doanya... ( Jika silap bagitau )

  • My point of view
Sejak dua menjak nie... Baru la aku perasan, dan kini aku benar2 pasti... Bahawa sifat iri hati itu amat jelas di kalangan budak2... Kanak2... yang berumur 2-7 tahun la... 

Contohnya... akan selalu ade pertengkaran... pergomolan budak2... atas dasar ini... Aku pernah menjadi budak... dan aku mengakuinya... Anda pula bagaimana... 

Ade je perasaan iri hati... 

Contohnya : 

" Tak aci yang kau dapat 2 biji gula2... Aku dapat satu je... " - Then, cube rebut gula2 yang satu tuh... Kalau x dapat nangis... Budak2 la katakan...

" Eh, lawanya patung Ultraman ko... Aku nak pinjam bleh ??? " - Then, balik bagitau kat mak.. merengek2 nak jugak patung Ultraman... Budak2 la katakan...


Ah ! Otak aku x jalan... takleh nak bagi example yang len... 

Tapiiiiiii...

Perasaan iri hati pada zaman kanak2 nie... Selalunya terlebih dahulu diprovokasi oleh sifat bangga diri oleh kawan/ teman yang sebaya...


Contohnya :

" Tengok... aku dapat 2 biji gula2... Ko dapat satu je... Cikgu sayang kat aku...  ( Keliling satu tadika bagitau kat org ) - Akhirnya orang lain jeles... Maka berlaku pertengkaran... Lalu bergomollah bebudak itu. Budak2 la katakan...

" Tengok.. aku ade patung Ultraman... Mahal... Rm2.50 beli kat pasar... "- Berlaku perbandingan harga patung masing2 terlebih dahulu... Jenis2... membawa kepada pertengkaran dan pergomolan... Budak2 la katakan.

Haa, 

Contoh lain,

" Yeay, aku baru balik dari tempat sekian2... Buat sekian2... Best... Bla... BLa.. Jumpe si anu dan si fulan... Bla... bla..." - Maka, berlaku perbandingan terlebih dahulu... " ELEH, Aku juga pernah pergi la... sekian2...bla...bla ". Lalu pertengkaran berlaku dan pergomolan berlangsung... Budak2 la katakan... (HAHAHa- Gelak ore jahat )

p/s : Aku tak pernah terlibat dlm event2 di atas... Imaginasi liar semata-mata...


So, apa yang aku nak katakan di sini ialah... Barangsiapa yang mempunyai sifat iri hati yang tegar di hatinya... MAka sahlah... Dia seorang yang KURANG MATANG... Begitu juga dengan sifat Bangga diri melampau...

So, wat to do ? Kita abaikan mereka dengan sifat2 iri hati mereka... Tinggalkan mereka dalam kebodohan dan kegelapan perasaan dengki mereka... Sesunguhnya... mereka sedang ditipu setan... Dan, kita pula tak sesekali boleh menipu setan...

" I dah pernah cuba.. Tapi tak berhasil pun... ". Erk, sorry.. that's not my problem anymore...

Tapi analoginya mudah... Jadilah seperti pokok semalu.. sekali sentuh sudah cukup, sekali diprovokasi... Pokok itu akan menguncup... Then, tak boleh la nak kacau lagi... Si pengacau akan menjadi bosan... Lalu meninggalkan pokok semalu itu sendirian...

Jika si pengacau ingin bertindak di luar batasan... Maka si pokok semalu punya duri untuk melindunginya... 

So, do we have duri like the semalu tree ?? Of course not. Then, 'duri' kita ialah doa dan juga Tawakkal kepada Allah swt... Mujarab atau tidak... Bergantung pada hubungan kita dengan Allah swt. HDA la katakan...   Jikalau tyme susah baru nak mintak... Manakan jadi ek...

In the other hand, tyme kecik2 walaupun kita suke bergaduh... Maka, cepat pula berbaiknya... 2 minit gaduh... 2 minit nangis... Then, the next 2 minutes are sorok2 again... Yehaa!! Kesimpulannya mudah, budak2 tiada di hati mereka ape yang dikatakan sebagai EGO...

Manusia semakin dewasa, semakin besar pula EGOnya... Ni la orang kata... BESAR KEPALA...
I don't want to talk on ego... it will cost the whole page later...

So, what about Dendam ??? After iri hati and Bangga diri... of course la terselit jugak nanti... DEnDam...

I'm tired already... Taking me about 1 hour to write this stuff...

Meleret2... Pasti ramai yang x suke bace nih... Well, simbolik kepada meleret2 nie ialah... Bagaimana pertelingkahan yang bertunjangkan IRI Hati dan Bangga diri pada mulanya... akan membawa pergaduhan yang berterusan dan juga meleret2... Dipengaruhi pula oleh sifat EGO YANG BAPAK BESAR,  ape yang paling ditakuti ialah wujudnya DENDAM pada akhirnya... Hutang Darah, dibayar DArah... n Dendam always drive a man crazier than anyone that is crazy in this earth... 

Dunia sengsara... Akhirat lagi pula rugi... Akibat terlalu mengikut nafsu dendam dan iri hati yang membuta tuli...

See... Tiada maknanya semua sifat2 yang buruk tuh... Akhir kata, Lu pikir la sendiri... ( Cakap awal2 kan senang... takde aku nk bace panjang2 nie ).

Jauhilah sifat2 Mazmumah... Sihat rohani.. Sihat Jasmani... Dunia dan akhirat kekal harmoni...

Salam...

No comments: