Sooner or later... does it really matter ?

Salam,

Alhamdulillah... Nafas dihela dalam-dalam... Dihembus perlahan-lahan, ikut hidung dan mulut... bukan melalui jalan yang selainnya.






























Fenomena yang menarik, rugi dilepaskan kalau tak ditangkap gambarnya.
Kamera Henset sahaja, Nokia lagipun, bukannya Iphone segala.

Cepat atau lambat... Yang mana bagus ? Wallahu'alam. (Jawapan orang 'berkecuali'.....biasalah)
Yang penting, betulkan niat... tetapkan matlamat. Jangan lumba-lumba, kerana tiada pingat yang tersedia.

Suasana pasti berubah, lambat laun... Suasana ??? Suasana yang mana ?
Alah, 'suasana' lah... takkan tak faham ??

Apa-apapun, berasa teruja untuk menempuh 'suasana' itu...

oh ya, terlanjur letak gambar ini, saya dengan ini ingin mengucapkan BARAKALLAHULA'KUM'... kepada para pengantin musim cuti sekolah nie... kepada sahabat-sahabat terdekat, mahupun yang jauh.... 


2 3 lagi pasangan insyaALLAH bakal menyusul, semoga dipermudahkan urusan... Urusan dengan keluarga, hospital dan juga jabatan agama. 


A : Dop soh beng care hal orang la... Care hop mung tuh...
B : La, tulis sikit pun dop leh... doh mende buleh nye... Berat nanang la gining....
C : Exam bro... exam... tak sapa 40 hari doh... 




Wassalam....


p/s : menikmati 'sisa-sisa' masa bujang.... wo huuu !!


Dalam kamus okford,
sisa-sisa=not sure (can be negligible) 

tiru orang jangan marah saya... insan biase. Main gambar2 oo.



Bowling SUFA -10/11 Disember
Jaksa - hingga 11 Disember.
HEP Nilai - 12 Disember.

Ngaji tiap2 hari lah. 

p/s : Antara Emas dan Video jauh jurang perbezaan....


Fuh.

Salam,

Alhamdulillah, kita merancang, kita usaha, Tuhan menentukan, jangan risau kerana Dialah yang Maha Bijaksana, Maha Adil.

Minggu ning raser pege se'eh dade, duk mikir ke ngaji. Bukang ngaji sangat pung, tapi duk mikir gane nok stadi sebab duk ngarut ke bende lain banyok do'oh. Mainang banyok, dop panda bahagi mase, jadi hungga koknung, hungga kokning. Terlibat aktiviti ning bagus sebenornye, tapi kalu banyop lajok, jadi kot laing pulok. Hilang fokus teruh, hasil pun dop berape nop comey. "Ukur baju di badan sendiri".

Bile petang je rase mabuk doh, jem krem otok. Nasib lah, gi la ngaji huduh-huduh dengor sep sedak terang ilmu, doh harap nok ngaji diri payoh doh. Doh kalu dalang kelas pung, duk perang nge mate, sokmo kaloh la tapi. Nak wak guane, kalu ade vaksin anti-tidur-dalam-lecture, lame doh aku beli. Perikse kurang dari 2 bulang lagi. Rase nok mintok tamboh 2 jam lagi untuk sehari, jadi 26 jam.... Memang dop doh la. Kene blajo curi-curi mase, selit-selit aktiviti. Koho tamboh bingung. Tidur awal je senang.

"Doh, mu r saloh gi wak rajin pelik tu bakpe". Bukang wak rajin, kebetulan hop memang tugas kite bertindang-tindang minggu tuh. Raser doh susoh, tapi dop seke sapa sesok napah gini me. Raser pege nak bahang pil kude je, nop jadi tambah tenaga, bukan nak jadi ngisap. Tahu doh dose parok eh. Ambe ngaji sekoloh agame gop. 

Tapi alhamdulillah la, kadang-kadang pelan kite dop jadi, tapi kite diberi peluang laing pulok, secara dop sedor, koho mudoh tugas kite. Syukur sungguh raser. Tutor hari ning pung bereh je. Memang lah banyok dop tahu, tapi dop tekkang pege sebelum ning. Tulah, beng jadi orang pesimistik. Kene jadi hop comey, optimistik. Barang hop susoh pung, boleh jadi senang.

Minggu depang ning lebih kurang je, bab ngaji kene nebeng banyok sikit lah, biarlah leloh alek kite, dop rugi pung. Kene koho buke buku... sikit-sikit lame-lame jadi bukit jugop. Orang lain-lain peseng. Ikut peseng hop kite bese dan mudoh lah.

Takdop nape pun ning, luahan raser je. Sebab terase do'oh, baru 2 minggu masuk semula blajo, teringat zaman duk umoh rilek terlajok dop produktif langsung.

Mode lening - sangat lega.
( heh, banyak lagi tugas mung tuh ! )
( horlah-horlah )

Tera la gune 'google translate' kalu ade, mudoh sikit bace. :)

Konfliknya 'bahagia'

Salam,

Amaran : Tulisan ini mungkin mengandungi maklumat kurang tepat. Lebih kepada pendapat peribadi penulis.

Mencabar sungguh zaman ini.

Mencabar ? Mencabar yang bagaimana ?

Payah nak disebutkan di sini, sebab sungguh mencabar dari segenap segi. Dari segi ekonominya, cara hidup, kepantasan teknologi, serta kepesatan pembangunan yang sungguh membingungkan. Globalisasi - segenap benda boleh tersebar dengan cepat, tak kira nilai positif atau nilai negatif. 

Cuma rasa perlu sentuh sedikit tentang suasana di Malaysia sekarang, tentang Seksualiti Merdeka. Boleh singgah sebentar, di capaian berikut - http://www.seksualitimerdeka.org. Berinspirasikan dasar kebebasan hak asasi manusia, segelintir kumpulan berjuang sungguh-sungguh, dengan pelbagai cara dan kaedah pendekatan, menggunakan segala kekuatan akal LOGIK, kefahaman ilmu undang-undang sivil dan semangat yang membara - merayu supaya kehendak nafsu mereka diterima dan diredhai oleh masyarakat, dan mereka bebas berbuat apa yang mereka sukai, mereka berhak berbahagia dengan cara mereka yang tersendiri. Habis segala hujah dibentangkan, segala hukum hakam sivil diselongkar, untuk membuktikan mereka BENAR di sisi undang-undang. Yang salah bagi mereka ialah - masyarakat sekeliling mereka yang tak reti bahasa, tak menghormati hak asasi orang lain, dahlah tak tahu undang-undang, nak kacau kebahagiaan orang lain pula. 

Sekali imbas, sekali jenguk  membaca perbahasan yang dibawa mereka. Mungkin mereka BETUL. (berdosa siapa yang berhenti baca blog saya disini sahaja)

Mereka betul, dalam perbahasan hak asasi manusia - mereka berhak mendapat segala apa yang mereka inginkan = bahagia. Tapi betul ke ini 'bahagia' ? 

Tapi, sayanglah kalau kita yang kononnya 'Faham Agama' ning, mengangguk-angguk kepala jua tanda setuju. Bodoh tahap gaban. Nampak jelas kita selalu ponteng kelas Fardhu Ain masa sekolah dulu. Selalu angkat kaki kalau ada ceramah agama membincang tentang orientasi seksual manusia. Bodoh, dah la rugi pahala sebab lari dari majlis ilmu, bila ada orang jahil cuba membodohkan kita, termakan tipu helah pula.

Sahabat-sahabat,

Akal yang diberi Tuhan untuk berfikir - sesetengah mengatakan sebagai ilmu Logik. Tapi, dalam kebanyakkan perkara, logik akal itu tak cukup untuk memahami sesuatu perkara dengan tepat, oleh itu kita perlu kepada panduan. Kita ini bila mengaku hamba Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa - wajib kena ada sifat taat dalam diri. Dalam ajaran Islam, jelas sungguh larangan homoseksual, liwat terutamanya. Sila rujuk -Penyakit bukan untuk alasan terus sakit.

Kesimpulannya, kalau datang PBB, Suhakam ke, USA ke apa ke, mengatakan liwat itu boleh, wajib kita TOLAK bulat-bulat. Kita tak boleh redha. Never. Sebab persoalannya bukan lagi perbahasan logik, atau perbahasan undang-undang sivil, ini sebab Tuhan yang larang. Cukup jelas laranganNya. Bila langgar, tunggulah azab yang datang. Kaum Lut dibinasakan dalam satu malam sahaja. Biasalah manusia mudah lupa, sebab itu selalu ulang kesalahan yang dibuat - ampuni aku ya Rabb.

Nafsu buas yang diangkat, penyebab utama jatuhnya masyarakat - Apo nak dikato.

Semoga Allah terus merahmati kita, tidak terjebak dengan gejala songsang yang kian  menyubur  kini. Rasa sangat nak marah, siapalah yang mempopularkan idea penerimaan homoseksual adalah salah satu tanda aras kemajuan masyarakat. Tiupan syaitan agaknya. 


Perang kepada yang terus lantang. Simpati kepada yang mahu pulang. 


Maha Suci Tuhan. Rahmatilah aku supaya terus berbahagia, di dunia dan akhirat. 


Wassalam.

Aidiladha 1432H

Salam.


Alhamdulillah, setelah selesai berpuasa sunat hari Arafah hari ini, esok 10 Zulhijjah 1432H kita akan meraikan Hari Raya Aidiladha, ataupun Hari Raya Qurban.

Mari esok bergotong royong melapah daging korban, sama ada milik bapa atau ibu atau ahli keluarga kita yang lain. Bersama-sama menghayati semangat kerjasama, dan juga sikap prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik dengan menghantar bahagian daging korban kepada mereka. Perlu diingat, yang diterima bukan kerana banyaknya bahagian korban, tapi ibadah betul yang disertai dengan ikhlas hati. 

Perbanyakkan takbir. Moga-moga kita sama-sama beroleh rahmat dariNya. Taqabbalallahu minna wa minkum. 

Wassalam. 

p/s : Ayuh perhati terjemahan ayat 37 surah Alhajj. 

Cepatnya Masa Yang Panjang Itu

Salam,

Betapa saya menunggu-nunggu masa ini... Lamanya saya menunggu, cukup sebulan. Maklumlah, saya masih belajar erti mengurus masa yang baik, nampak nyata gagal dengan jayanya. Tidur, tidur, tidur.... orang kata saya suka tidur dalam kelas, memang saya tidur, tapi bukan kerana saya suka. (Pertahan diri)

Okey, kembali pada topik...

Cepatnya masa dan kerana darah muda, semuanya mahu yang pantas-pantas, pantang lembab sedikit pasti dikritik. 
Kerana cepatnya masa, cepat juga naik darahnya.

Di jalanraya, yang memandu dengan "hemah" pasti dihon, dikeji dan dimaki. Tertanya-tanya mana pusat memandu yang mengajar.
Kerana cepatnya masa, ada yang menyelit-nyelit dengan selamba, persetankan makian, pedulikan kata orang, yang penting, "Aku kena sampai dulu, aku kena ontime. (Jaga masa) "
Sedih juga, kerana cepatnya masa, kewarasan akal sering ter'tinggal'. Cuai. Berdegum di sana, berdegum di sini.

Ops, baru perasan ini bukan pasal cepatnya masa, tapi sikap G.E.L.O.J.O.H.

Gelojoh ketika makan, tercekik, tersedak dan sebagainya.
Gelojoh ketika memandu, tercalar, terkemek. (Ter-mati, mintak jauh.)
Gelojoh ketika belajar, 'mungkin' ilmu bercelaru. Tidak bagi golongan genius.
Gelojoh ketika buat sesuatu, pasti kelam kabut.
Gelojoh ketika membuat tafsiran, buruk sangka.
Gelojoh ketika solat, mungkin solat tak diterima. (Tomakninah tak dijaga)
Gelojoh ketika membaca Quran, tertukar baris sekali sekala. Tidak bagi yang Mahir.
Gelojoh ketika tidur, erm... erm... tak ada kot.

Gelojoh dalam membaca blog, mungkin tak paham langsung isi kandungannya apa. Hehe.

Buat apa post panjang-panjang nie ? Bukan apa, saja nak ingatkan diri sendiri. Yang kononnya Generasi Y, nak pantas segala. Tapi harus berwaspada, cepat-cepat juga, tapi jangan gelojoh. Jangan diturut sangat darah yang membuak itu, takut kesan buruk mengatasi kesan yang baik. 

Belajar untuk mengawal emosi, stabilkan pemikiran, dan tajamkan mata hati. Belajar untuk menghargai dan bersyukur mungkin antara keperluan utama buat masa ini. Menghadiri majlis ilmu, berdamping dengan orang yang baik dan soleh serta selalu membaca alQuran antara ibu kunci mendapat panduan hidup yang baik. Sejahtera di dunia, bahagia selamanya di akhirat. Alangkah seronoknya.

Jangan kerana gelojoh inginkan nikmat dunia, hilang rindu pada nikmat akhirat yang kekal abadi, hilang malu pada Tuhan Pemilik segala nikmat kurnia. Jangan tertipu dengan slogan, " Kau masih muda,hidup masih panjang". Sedangkan cepat mati itu, faktornya beribu-ribu. Kita kena cepat bertindak, kerana alasan " Cepatnya masa" tidak banyak membantu. Kita semua sedang berumur. (Menuju tua).

Habis, gelojoh tu ape ? (antonim sabar)

Terima kasih luangkan masa.

Bernafsu Besar


Salam, tadi setelah bermain futsal dengan bersungguh-sungguh, saya terlintas untuk berkongsi satu coretan, yang kebanyakkan anda semua sudah baca, tapi tak mengapa.

Cerita ini sesuai dengan jiwa LELAKI, jadi jangan ambil hati wahai wanita, gantikan 'isteri' dalam cerita ini dengan kekasih, ataupun kekasih gelap, ( hey ! ).... Okey2, cerita je pun, kalau nak feel lebih, buat-buat anda ni macam lelaki. ( ???)

Okey2 fine, nampak butang pangkah atas kanan tu, tekan. Please kindly lend me your eyes. 

Alkisah,

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.


Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya EMPAT orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? ” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAmA adalah JIWA dan AMAL kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi ke manapun kita melangkah. 


Ulasan Peribadi,


Entri ini nampak remeh sahaja, nampak melalut-lalut. Tapi, saya terasa semacam tadi, sebab aku sungguh-sunggguh menjaga isteri ke-4, yang pasti dimamah tanah bila ajal tiba. 


Seringkali kita diingatkan, berbekallah kamu... berbekallah kamu... perjalanan mu masih jauh. Namun, sebab nikmaaatnya dunia, kita sering 'ter'lupa dan 'lupa', dan secara tak langsung 'melupakan' dengan sengaja, bahawa penamat segalanya bukan di dunia yang fana ini.


Kalau kerja ada pencen, 60, 62 dan yang terbaru 64 tahun wajib berhenti. Habis cerita. 


Tapi kalau hidup, suatu hari pasti mati, namun kita akan dibangkitkan kembali. Untuk selesaikan cerita-cerita yang tertunggak di kala hidup. Haduh, haduh dan haduh. Celaka, celaka dan celakalah. Syurgakah ? Maka, bergembiralah wajah-wajah. Nerakah ? Maka suramlah wajah-wajah dengan penuh sesal, barulah terasa untungnya menjadi tanah. 


Jadi, bersedialah... sedia dengan apa ? Dengan bekal. Bekal apa ? Kita sendiri tentukan. Sesiapa yang mencari jalan keredhaan akan dipermudahkan, dan sesiapa yang mencari jalan yang tidak benar, dia akan menjumpainya juga. Takut, jika jalan itu tiada lagi tempat untuk U-turn.     



So, Ladies and gentlemen, ini bukan cerita setakat masalah rumah tangga. Ianya kenyataan pahit yang kelat wajib ditelan. 


Ada berani untuk mengabaikan yang 'isteri' ke-satu ? 


p/s : Jika berkesempatan sila rujuk, An-nisa', ayat 3. 
(Siapa cakap Islam tak adil ? See, dalam satu ayat sekaligus.-AMAT2 disarankan rujuk para ustaz untuk perbahasan lagi dalam. Saya harap korang faham. Salah faham berdosa saya.) 


Copy paste dari Diarihati.com. Perkara baik perlu dicanang2kan. Bukan untuk riak atau sum'ah, tapi untuk mengambil teladan serba sedikit. 

Kerana microb.

Salam.

Niat di hati bukan taknak update. Tapi apakan daya tiada isi untuk dikongsi.

Masa ada tiga.

Masa lalu.

Masa sekarang.

Masa akan datang.

Cabaran pada masa hadapan, kenangan di masa lalu.

Cuti yang menarik, dan penat juga menjelajah.

Syawal yang menarik, Alhamdulillah. Semuanya semakin ke arah positif.

Sem baru yang menarik. Dah rindu untuk mendengar lecture, walaupun selalu tewas dengan orbicularis occuli.

Nak cerita semuanya sekali secara details di sini, tak sempat kot.

Tahun 3 sudah, separuh jalan lagi. Kena sedar, umur dah meningkat, semakin berusia, semakin senior compared to juniors. Tapi masih banyak yang perlu dipelajari. Hak jiran, hak sahabat, hak kaum kerabat kena seiring dijaga dan dipelihara, bukan setakat kertas putih penunjuk CGPA sahaja.

Hari baru yang haru biru, boleh diatasi dengan sikap positif + husnu zon yang nampak kurang munasabah.

P/s : Patho, Pharma, Parasit, CH here i come.
Microb, sampai hati awak buat saya macam ni hari nie.

Bersedia untuk perkara baru ?

Salam,

Ni malam ke 26 Ramadhan aku sempat berceloteh.

Sedikit haru-biru dalam ibadat, walaupun cuti memanjang. Rasa malu, sebab rasanya boleh buat lagi baik. Tapi 'rasa-rasa' sahaja dan 'cakap lebat' tak guna. Memang tak guna.

Hakikatnya, Syawal akan datang tak lama lagi, dan tak lama lagi Ramadhan akan berlalu pergi. Rasa gelabah, sebab ada hutang lagi berjuzuk-juzuk. Malu. Itulah siapa suruh tangguh-tangguh. Malu sekali lagi.

Perkara baru menunggu di masa depan, tak lama dah kurang dari seminggu. Bersedia ke aku ni dari segi emosi ? Walaupun dah lama berlatih, mindset jangan sedih-sedih. Bersedia ke aku ? Bila orang cakap, "Sheikh, kekalkan momentum...". Garu kepala, macam mana nak buat ?. Oh Tuhan, ampuni aku, rahmatilah aku (supaya mudah) dalam meninggalkan maksiat-maksiat. Perasan aman dari azab, sebab tu masih bangga buat jahat. Tak guna, memang tak guna. Ajal itu memang akan datang, tak kira masa undangan. Tak tahu.

"Allahumma, innaka afuw-wun karim, tuhibbul-afwa fa'-fu 'anna."

p/s : No.9 = Humayra' Hanifah. Alhamdulillah.

Tak lama

Salam...

Detik permulaan Fasa ke 2 menuju fasa ke 3... Ya, Fasa 1 sudah tamat selesai. Pejam-celik pejam celik sahaja, masa berlalu pergi macam angin.

Kitaran jam pada hari-hari berpuasa kadang-kadang terasa lambat sedikit agaknya. Mula pukul 11 waktu Malaysia, gendang perut mula berbunyi, seperti enjin kereta tua yang menanti dijual di pasar besi. Tak perlu risau, alah bisa tegal biasa. Tak mati pun orang yang berpuasa kan bak kata Upin Ipin. Teringat berita kebuluran teruk di Somalia, katanya media, beribu-ribu yang meninggal sebab kebuluran... Yang pastinya, ramai daripada jumlah itu adalah kanak-kanak... Aduh, kesian sungguh. Tambahnya media lagi, bekalan makanan ada, cuma militan Somalia yang tak memberi keizinan kepada petugas-petugas bantuan kemanusiaan masuk kawasan. Entah betul entah tidak, tapi media ini selalu macam-macam. Yang pasti, krisis kemanusiaan benar-benar serius di Somalia. Moga-moga berakhir tak lama lagi.

Masuk bahagian yang disukai ramai, Terawih...

Alhamdulillah, rasanya tahun ini tiada lagi desas desus pergeseran pendapat tentang bilangan rakaat solat terawih... Rasa-rasanya umum dah faham, kalau buat 8 pun dah cukup, kalau buat 20 pun tak berdosa. Pilih mana antara dua. Yang paling penting, jangan berlumba menghabiskan terawih... kerana trofinya hanyalah penat lelah. Hayati bacaan di dalam solat, kalau imamnya hafiz... boleh dengar surah-surah yang selain surah lazim, kalau imamnya baca yang lazim-lazim sahaja, mana tahu dalam sebulan ini kita dapat jugak manfaat menghafal sedikit sebanyak surah lazim, selain surah Qul yang empat. Pro's dan con's sama-sama sendiri teliti, untuk kebaikan diri sendiri terutamanya. Masjid ada banyak, pilihan juga banyak, lain ladang lain belalang kata orang tua-tua. Kalaulah penat bekerja, buat la sikit-sikit... kejap je, tak lama pun.

Di sini disertakan kira-kira dari ahli bukan matematik :

8x29= 232... (Ni darab lagi ni)

20x29=580

banyak beza oo. 

Tapi,

kalau 20x29=580, + riak= letih.

kalau 8x29= 232, + patuk-patuk ayam + 'bangga' habis awal = sesak nafas.

So, sendiri mau ingat la. Ibu-ibu kalau kena menjaga anak kecil dan menguruskan rumah tangga, dengan senang hatinya boleh solat di rumah. Tapi, janganlah mentang-mentang menjaga anak kecil, duduk melopong depan tv dari Isyak sampailah sang suami balik dari surau. Rugi, usahakanlah solat sikit-sikit. Ramadhan ni tak lama pun, sebulan je. Eh silap, tinggal kurang dari 20 malam lagi dah.

Bulan ini juga tak lupa pada kanak-kanak kecil, waktu latihan yang paling sesuai dan efektif untuk bersolat dan berpuasa. Kitalah yang kena ajar mereka, bahawa yang Wajib bukan puasa sahaja, solat juga sama. Mana boleh solat 5 waktu tapi tak puasa di bulan Ramadhan, atau puasa di bulan Ramadhan tapi tak solat 5 waktu. Dua-dua kena seiring macam baju dan seluar. Tak lengkap kalau diabaikan salah satunya. Konklusinya, WAJIB bersolat 5 waktu sehari semalam, dan berpuasa sebulan Ramadhan kecuali keuzuran/sebab2 lain yang dibolehkan syarak.

Sebelum pertengahan Ramadhan ni, siapa-siapa yang belum beli baju raya, pergi beli siap-siap !!. Awal-awal bagus sebab nanti boleh terus FOKUS pergi masjid tiap-tiap malam. Bonus istimewa di masjid, beribadat pada 10 malam terakhir jauh lagi ( I mean jauh jauh lagi)  bermanfaat daripada Sales besar-besaran + Harga Runtuh segala + Bonus Maut L.o.L + Promosi Megatron Haiyyak ! di Mydin Mall mahupun Parkson, JJ dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Orang pakai baju baru pada pagi 1 ( I mean S.A.T.U) Syawal sahaja. Kita beli 10 (sepuluh) pakaian baju baru ape kes ? Oh, kepuasan diri semata-mata. Jangan kerana baju, kita terrrrrrlepas malam lebih baik dari 1000 malam. Tak yah baju baru pun takpe kan. (Aku dah siap beli hehehe) 

Okeh, seronok berceloteh kali ini. Moga yang baik itu dijadikan teladan, yang buruk itu dijadikan sempadan. 

Selamat beribadat, moga-moga bertemu dengan malam yang seribu malam.

Wassalam. Kriuk-kriuk... oh ! dah pukul 11. :)

Bahana Apakah ?

Salam...

Mata rasa begitu segar... Walaupun aku tak tidur pun petang-nye tadi aduyai...

Tak tahan kena belasah dengan nyamuk yang kezaliman, aku bangun cari Ridsect memang tak bagi peluang... Akhirnya, ada 2 ekor yang aku penyek selepas kemabukan Ridsect atas dasar tak nak kasi terseksa dalam mode balas dendam = puas hati. Dulu bagi muka, sekarang tak dah. Habis manis sepah dibuang, habis darah aku, nyamuk tak habis-habis. 


Rasa macam nak mintak tolong dengan Wonderpets je, bilang biri-biri sama-sama. Cuma nombor telefon diorang aje tak tahu. Tapi aku fikir-fikir lebih baik muhasabah diri malam-malam buta ini. Alih-alih, buka komputer tulis blog jugak. Hehe. Yelah, Subuh dalam sejam lagi.



Aku minum teh tarik ketika malam masih muda tadi, tapi ni ke punca aku hilang upaya untuk melelapkan mata malam ini ? Takkan lah kot... ??!?



p/s : Ok, aku da start ngantuk. Bubye, Selamatan Kemalaman.Tapi kalau aku sambung tidur sekarang of kos aku bangun pukul 6 pagi waktu Mesir. Arghh... Subuh atuk gajah. Cannot la.

p/s 2 : Alarm pertama henset aku da start bunyi, dan untuk pengetahuan, aku ada 4 biji alarm semuanya.

Ramadhan Terakhir

Salam...

Oh, sejak 2 menjak ni, telinga aku dah jadi peka semacam, macam telinga kuali... Jadi macam suka semacam dengar perbualan orang lain... adehs.
Kemudian banyak senyum sorang-sorang. Yelah kan, siapa suruh jadi kera sumbangan. Nah, rasakan perasaan di'kera-sumbang'kan sebab memilih untuk merempat di rumah sahaja kebelakangan ini. Atas kehendak keluarga jua, banyak jugak aku oUt staTion , ke Johor lah, ke Kedah lah...



Tapi yang kita punya 'nafsu=kuda liar' masih ada, jangan lupa !



Di siang hari sahaja, kecuali merokok.

Cerita ini lain sikit, sangat-sangat ironi, lucu yang sangat serius pun ada. Kalau sekali tengok, kena tengok sampai habis. 



p/s : Puji orang berpada-pada, kutuk orang jangan sekali. Kutukan orang tak sedahsyat kutukan malaikat. Mintak Jauh Kedua2nya.

p/s 2 : Tiada lagi lagu " Balik Kampung " kali ini.

WuXia

Salam...

Baru sahaja petang semalam selesai menonton filem Wuxia (18SG+PL)  kat Alor Star Mall...  dibintangi Donnie Yen.


Hayyya !! Wachaa !!! 

  

Ceritanya santai, dan mudah difahami. Ada unsur-unsur Detektif Conan sikit, menarik la untuk aku nie.  Yang paling aku suka, scenery kampung yang kekal asli. Tak lupa soundtrack yang sangat best.
Gaduh-gaduh sikit sahaja, jadi kena tunggu klimaks cerita baru keluar aksi gaduh yang serius, macam kat atas, Lui (Donnie Yen) telah menendang ibu sendiri. Huish, anak durhaka ke ? Kalau nak tahu... kena tengok sendiri.


Cerita ini lebih berkisar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan juga etika manusia dalam memastikan keadilan sentiasa terbela... tapi berbaloikah ?

p/s : Ayuh berubah ke arah yang lebih baik... :)

Jauh

Salam...

2 3 minggu berlalu penuh warna warni... Di luar negara sungguh putih, di dalam negara, kuning pula... Yang seterusnya Merah, nanti Biru pula menyusul... Takpe lah... Datang lah, cuma tak kuasa nak menyemak-nyemak diri dalam kelompok ramai... Rimas... Tengok melalui Tibi lagi bagus...

Kawan-kawan dari oversea baru je balik, ni nak kene bergaul sungguh-sungguh... Yang boleh buat reunion buat reunion, yang boleh buat bbq, buat bbq, yang boleh main futsal, main futsal... Baru lah medan pertukaran idea tu wujud dengan nyata sekali... Bukan kah tu harapan Kementerian Pengajian Tinggi... Siapa-siapa yang masih meneruskan program mengqadak tidur, cukup-cukuplah tu... berhenti lah...

Apa-apapun, ni dah masuk bulan Syaaban... enjin kene improve sikit tahap ketahanan dan efisennya... Selang 2 3 minggu lagi dah nak Ramadhan... Rezeki sebulan puasa dalam cuti kali ini... Alhamdulillah... Harap-harap lagi baik dari Ramadhan yang sebelumnya.

Di bawah ni ade gambar... Pohon tamar di padang pasir... 
Bayangkan, pohon tamar ni DUNIA, 
yang bukit-bukit tu kehidupan lepas dunia... Jauh kan ? Sangat jauh... 
Ajal tu pulak sesuatu yang pasti... 
Kita ni macam musafir je, yang tumpang berteduh kejap di bawah pohon tamar tu... 
Sebelum meneruskan perjalanan menuju alam kekal abadi. 
Sudah Cukupkah Bekalan Kita ?
Sama-sama kita fikirkan...

p/s : Cinta mula berputik dengan sFL(bukan Fatin Liyana)... 
Walopun aku x hensem...  ade aku kesah.

Silap Teknik

Salam...

Katakanlah, anda berada dalam keadaan bosan dan sungguh memboringkan... Hinggakan orang yang tengok anda pun naik boring... Anda perlu buat sesuatu...

Tapi silap teknik,

"Ah, bosan... Bosan... (Tarik selimut)"...

Sebab kena sinaran matahari melalui jendela rumah anda, anda terbangun...

" Ah, bosan... Bosannya... (Tarik selimut/cari port tidur yang lain)"...

Cara yang betul ialah anda keluar dari selimut itu, bukannya tarik selimut... Untuk kesan yang lagi dramatik... Bako je selimut tu... (Kat luar rumah)... Jangan buat dalam rumah nanti kesannya amat tragik...

Hari ini dengan rasa sungguh tak sabar menunggu kakak pulang dari Johor, sebab pagi tadi dalam mimpi lepas subuh dia cakap aku dah ada tunang...

Ni nak tanya... " Biar Betul !!??!!"... ( Honestly, nak tanya, "Siapa ??".. Kahkahkah... )

p/s : Rezeki jangan ditolak... tapi 7 September tu kan hari Rabu... Mengapakah ?

Kena Promote jugak ini.

Salam...

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... Alhamdulillah setelah menunggu sekian lama, ada juga Sultan yang berhati mulia seperti ini...


Moga Allah swt berkati Tuanku dan seluruh rakyatnya. Ni barulah seronok... hehehe... jom singgah... ini betul-betul, bukan main-main.

sila klik.... alkisah Sultan

p/s : Dipetik dari blog Greenboc. Maaf kerana copy paste, tapi berita seumpama ini harus dihebohkan.

Saje-saje

Salam...

Hari ini terkejut, sebab dalam perjalanan balik dari kedai, tengok berita depan Harian Metro, " Kejantanan Tercabar, Bunuh kawan cuba perkosa isteri".

Dalam hati, dahsyat. Dua-dua pihak dahsyat. Yang kawan pun satu hal, yang si suami pun satu hal. Memang buku bertemu ruas lah.

Kejahatan dibalas secara radikal, mungkin respon di bawah sedar agaknya. Pepatah Melayu ada mengatakan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Sekarang, nasi sudah jadi bubur.

Sedar tak sedar, dah 19 bulan menyertai alam blog ni. Banyak perkara baru diperoleh, ada positif dan ada juga negatif. Apa-apa pun, kalau dah minat sesuatu tu, kita akan belajar untuk sayang. Sama juga dengan bidang perubatan yang penuh pancaroba ni, kalau ada minat dan komitmen, insyaAllah kita akan lagi tabah dalam menempuh cabarannya yang tersendiri. Niat untuk membantu orang yang sakit mungkin salah satu pendorong yang baik, tapi tak cukup untuk kita mengharungi perjalanan yang cukup panjang ini. Kami di USIM 6 tahun pengajian, berbanding IPTA lain hanya 5 tahun. Walau bagaimanapun, saya yakin dengan pengisian program dan kursus-kursus yang istimewa serta berbeza berbanding universiti lain, manfaat yang diperoleh bertambah banyak juga, bukan setakat keluar selaku doktor bertauliah sahaja. InsyaAllah.

Prinsip sama, minat dan sayang juga boleh diguna pakai dalam apa jua bidang yang kita pilih, perguruan ke, memasak ke, kejuruteraan ke, syariah ke... Asasnya minat, kalau tak minat, jangan pilih jalan itu. Kalau dah memang ditakdirkan masuk juga bidang yang kita kurang minat, cari sesuatu yang boleh menjadi sumber inspirasi kita untuk meneruskan pengajian dalam bidang tersebut. restu ibu mungkin ?. Kemudian, belajar untuk sayang dan sentiasa berfikiran positif. Kalau kita minat dan sayang dalam sesuatu bidang, insyaAllah kita akan lagi cemerlang berbanding orang-orang lain, kecuali orang lain itu ada genetik genius melampau, GIFTED kata orang.

Apa-apa pun, Think again, and think positive... And feel the difference.

p/s :

Dalam keracauan dan kacau bilau... jom baca... Rugi tak click.

1. Dr Maza -Penjelasan 1
2. Us Hasrizal -Penjelasan 2

Kalau rasa bosan sangat, boleh join ipanelonline, kita isi-isi survey... Selamat mencuba, http://my.ipanelonline.com

Wassalam.

Hey Aku Tak Cukup Itu...

Salam...

Rasa tak cukup je.... Rasa masih ada ruang yang boleh diperbaiki.... Tidak puas...

"Kuman di seberang nampak, tapi gajah depan mata tak nampak"...

Ulasan - Rezeki orang kita sangat nampak, rezeki pada badan sendiri tak nampak...

"Wah, tengok tu.. dia pakai Lumbogeni kaler kuning..." Padahal, kita lupa yang kita pakai Gen 2 kaler oren... Orang lain 1 naik bas... Orang lain 2 naik bas separuh jalan... Jalan kaki separuh jalan... Nak jimat kos... Orang lain 3... langsung xleh jalan...

Ini sudah tentu bukan pasal kereta ataupun public transport... Tapi, berkenaan rasa syukur dan rasa cukup dengan pemberian Tuhan, dan terjemahkan dalam bentuk perbuatan.... Sudah tentu tidak cukup sekadar menunaikan nazar segala....

Berceritalah kepada orang pasal nikmat yang diperoleh, bukan untuk berbangga-bangga... Tapi dalam bentuk cerita dan motivasi bahawa nikmat Tuhan itu sangat luas... Pelbagai bentuk, secara material, fizikal ataupun yang lainnya...

Banyak mengeluh, akan menimbulkan rasa inferior dan rasa kurang bersyukur... Dan sudah tentu kita tidak perlu sifat ini untuk membina peribadi yang positif dan berwawasan... Gagah dalam menjalani kehidupan sehari-hari... Hidup adalah pancaroba, pancaroba adalah kehidupan. Kawan saya ada mengatakan, " Hey, kalau nak senang semua, pergi syurga... ini dunia okey...(after edited)". 

Cuti yang panjang membolehkan fikiran melayang-melayang bercita-cita yang bukan-bukan. Need to be realistic balik.

Sekian... Fikir-fikirkan sambil makan Sotong Celup Tepung bersama ABC ade aiskerim... FUhhh...

p/s : Kadang-kadang, persoalannya bukan berkenaan kewujudan individu itu secara nyata, tetapi legasi semangat dan rasa sayang yang tak pernah padam, hinggakan kita tak lagi merasa kehilangan. Peace.

Ini bukan pasal Barcelona

Salam...


Lama tak menulis rasanya... Betul-betul tak ada idea. 2 minggu yang agak kosong dan nyaman, terfikir-fikir cara yang baik untuk mengisinya.


Okay, straight to the point. 


Merenung jauh keadaan komuniti. Terasa simpati, sebab rasa ditipu dan tertipu oleh pihak-pihak yang tak sepatutnya. 


Surat khabar, anda sepatutnya jauh lagi bertanggung jawab. Anda bukan sahaja membawa berita, anda juga membawa nilai cerita, dan status sebenar masyarakat kita. 

Adalah memalukan, jika tajuk-tajuk utama yang disiarkan berbaur dengan unsur-unsur yang tak sepatutnya. (Pembaca pasti faham unsur yang maksudkan) Seolah-olah tiada tapisan rasmi oleh pihak memberi lesen kepada surat-surat khabar. ( Ada ke ?)

Gambar si anu dan si pulan, digambarkan dalam keadaan yang memalukan, dengan tujuan membawa beritakah ? Atau lebih dari itu ? Liputan meluas tentang kisah Ariel Peterpan dihukum penjara, Maria Ozawa terselamat bencana, dan yang terbaru, adik Kate ditawar berlakon oleh syarikat filem dewasa dan yang sama waktu dengannya kadang kala menimbulkan tanda soal. Ada orang yang peduli sungguh pasal perkara-perkara inikah ? Jika benar, kita harus bersimpati sungguh-sungguh pada masyarakat zaman sekarang. Gejala sosial yang dihadapi takkan turun jua dengan liputan berita seperti ini.  

Di mana kredibiliti pihak akhbar yang seharusnya dan sepatutnya membawa berita yang bukan sahaja tepat, malahan pihak masyarakat yang terdiri dari segenap umur, baik kecil mahupun yang sudah senja dapat mengambil faedah, input yang baik. Ataupun setidak-tidaknya tidak merosakkan pemikiran generasi muda di negara ini.

Saya mengkritik bukan kerana dapat untung ataupun apa. Saya mengkritik kerana rasa sedikit tanggung jawab kepada komuniti sekeliling, anak-anak belia muda khususnya termasuk saya sendiri. Mungkin juga atas dasar kebebasan bersuara ? Anda sendiri tentukan.

Sudah tiba waktunya, kita kena berfikir 2 atau 3 kali, sebelum membelanjakan seringgit dua pada waktu pagi, kerana kita sedang membeli bahan bacaan santai, yang secara tak langsung akan mempengaruhi fikiran dan idea kita sendiri, mahupun ahli keluarga yang lainnya. Pilihlah dengan cara yang lebih bijak, kita pengguna, kita juga ada hak. 


Sekian, terima kasih.

*Saya minta maaf awal-awal jika saya telah mengemukakan permasalah tanpa penyelesaian. Tapi saya yakin, pihak akhbar tahu cara solusinya dengan lebih baik. (Ini jika ada pihak akhbar yang membaca blog nie lah... Haha)

p/s : Melencong jauh sekali... tapi takpelah sekali sekala. Anyway, Good luck Barca... Idup Messi... Huahuahua...

Berkat pada yang sedikit

Kriuukk... Kriukkk... Aaahhhh.... 
(Lega sambil memusing-musingkan badan dan kepala sampai berbunyi sendi-sendi)

Memang benar pepatah, berkat pada yang sikit. Kalau banyak sangat, pening kepala nak angkut dan simpan. 2 hari adalah sungguh memenatkan. Sekarang, tinggal 4 bulan nak diisi. 
( Eleh, kejap je tu... pejam celik pejam celik dah habis cuti nanti)

Dah ramai yang bangun balik dari hibernisasi, elok benar la tu.

Cukuplah sekadar itu. 

Lagi sikit lagi bagus. :P

Terjemahkan rasa SYUKUR itu

Salam.

Alhamdulillah, lega rasanya. Mixed feelings. Gembira dan tak tahu nak luahkan rasa gembira itu. Tidur dan main game, bukan lagi satu keutamaan. Dah hilang selera sikit-sikit dah.

Tadi dapat result exam, bersyukur yang amat. Sebab lulus semua subjek utama dan boleh masuk Tahun 3. Baru tahu agak perit jugak lah ambil jurusan perubatan ni. Ada yang senang, ada yang susah, yang paling mencabar adalah keluasan ilmu yang dipelajari.

Speechless tadi, memang kaku sekejap. Rezeki kan, siapa lagi yang boleh tentukan selain Allah swt.

Sedar tak sedar, 2 tahun dah berlalu. Tahun 3 sedia menanti dengan segala momokan yang tahun ni yang paling tough. Tapi saya yakin, setiap perkara tu ada cabarannya tersendiri. Dan ada cara untuk mengatasinya. Kemudian, bergantung sekuat mana tawakkal kita kepada Raja Segala Raja. Barulah tak mudah merungut dan bermuram duka, kalau kadang-kadang ada perkara yang tak berlaku sebagaimana yang kita inginkan. 


Part yang paling sukar adalah cara kita menterjemahkan rasa syukur itu sendiri. Kalau kita dapat nikmat, semakin kita ingat kepada Tuhan, atau semakin liar kita dari perasaan 'rabbani' itu sendiri, rasa bertuhan ? Tepuk dahi, tanya diri sendiri. (Pantun 2 kerat) 


Kita belajar ini untuk exam sahajakah ? Atau pada masa yang sama mencari saham tersembunyi untuk dijadikan bekalan akhirat. (Ah, bosan benda sama diulang2 aja.... But please, manusia cepat lupa bhai). 


Jaga solat, jaga waktu solat kita. Bukankah itu yang lebih utama ? Kalau kita dapat jaga perkara yang PALING utama insyaAllah, yang lain-lain sudah pasti mudah ditangani. Kalau tak, something will go wrong. 


Dedikasi buat kawan-kawan seperjuangan


Nikmat itu ada berbagai-bagai jenis. Cuma nikmat yang paling jelas di mata sekarang ialah lulus Exam Pro. 
Tapi, janganlah cepat kita berhenti berharap. Kuatkan semangat. Teguhkan balik keazaman. 6 tahun sudah cukup lama. Dan Gen 05 tak mampu lagi kehilangan ahli hatta seorang pun. (Sedak demo kecek tue)... 
Saya sangat-sangat senang dengan pernyataan " Exam result doesn't define you".  Dan saya juga setuju, Excellence is a habit, not a show. Cuma kadang-kadang apabila kita diuji, kita lupa nikmat yang lainnya, yang sudah berada di genggaman kita. Hidup berjuang, itu realiti. Hidup bersenang-senang, itu fantasi. Kembalilah kita letakkan tawakkal kita kepada Allah swt. Moga-moga hidup kita dirahmati, dan perjuangan kita dipermudahkan. InsyaAllah. ( I'm not a good motivator, but I really want to say something, pardon me)


Apart from that, terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah, se-tutorial, se-study group kerana sudi berkongsi ilmu dan nota. Rasa seronok itu bila kita buat kerja sama-sama, bukan sorang-sorang menanggung rasa dan beban. 


Terima kasih... Terima kasih... Terima kasih...


p/s : Thank you kakak-kakak sebab menjadi my new sources of inspiration. Ke arah menjadi graduan doktor yang baik hati 2015 insyaAllah. 





Ejah la berbagi-bagi

Salam.

Semua orang sibuk, tak sempat nak jalan-jalan dan juga bersiar-siar. Aku masih seperti dulu, menghirup udara malam, sambil menelan air Vico 3 in 1. Nak buat macam mana takde orang yang nak tolong buatkan, mesti seronok kalau ada yang tolong buatkan, tapi takpelah.

Sunyi sikit sekarang, tak banyak update yang boleh ditinjau. Fokus, itu semestinya. Tapi seronok, sebab sekarang terdengar wish, harapan, hajat-hajat yang ganjil-ganjil. Macam orang mengandung mengidam sesuatu. Jika mampu, tunaikan supaya moral kekal di tahap optimum.

Apa-apa jelah, semoga hidup berbahagia selalu, good luck, bitaufiq wannajah. InsyaAllah, moga-moga perjuangan dipermudahkan.

Kadang-kadang, perasan 'sibuk' sangat. Nak makan pun berkira-kira, nak solat jemaah pun berkira-kira, nak mengaji pun berkira-kira. Tak bagus, sangat tak bagus. Tak seimbang dunia dan akhirat.

Sesuatu yang mengejutkan dan baru sedang menunggu, bersediakah aku ?

Selamat berjuang. Wassalam.

Gambar ini dicopy paste dari blog Persiap UKM. Harap maaf kalau terserempak.

" 2 years are compressed in 1 hour 45 minutes, is it fair ? Of course not. HAHA"

Konfius

Salam.

Kadang-kadang dalam sesuatu perkara, elok dipendam sahaja. Contohnya, sangkaan buruk. Tak perlu diluahkan, terlepas mulut. Takut-takut yang diutarakan bertentangan benar dengan realiti. Berdosa tak pasal-pasal.

Nasib baiklah, manusia itu diberikan Tuhan telinga yang tak terlalu sensitif, seperti Superman mahupun Heroes yang mampu mendengar bisikan hati manusia di sekeliling. Sekali dengar macam seronok. 2 kali dengar bahaya, sebenarnya membawa bahana kepada ukhwah dan hubungan sesama manusia.

Perasaan itu berbeza antara satu manusia dengan manusia yang lain. Itulah resam ragam manusia. Bukan senang nak menangi hati seseorang, bukan susah pula untuk merosakkannya sekelip mata.

Jika bukan rahmat Allah swt yang dikurniakan kepada kita semua, sudah tentu hubungan antara manusia, sama ada hubungan ibu anak, kawan, sanak saudara, adik beradik, laki bini akan terputus. Mujurlah, masih terdetik dalam hati kita, rasa kasih, rasa bersaudara ibarat air yang dicincang takkan putus.

Hubungan sudah tentu akan dirosakkan oleh beberapa faktor. Hilang toleransi, tak sabar, EGO, pentingkan diri sendiri antara top list. Hasutan syaitan tak terkecuali.

Sahabat ? Tempat kita meminta tolong semasa susah, atau yang menyusahkan kita ketika kita sudah sedia maklum susah ?
Ramai yang mencari-cari sahabat sejati, yang boleh menjadi tempat mengadu. Tapi tak ramai yang berusaha untuk menjadi tempat mengadu. Sel-fish, jual ikan. Untung sementara, orang lain dikecewa dan diperguna, asalkan hati gembira.

Ramai yang kurang faham, termasuk aku sendiri pada awal-awal dahulu, sahabat itu adalah suatu hubungan 2 hala yang berterusan sama ada waktu susah, atau waktu senang. Teringat zaman dulu, asyik nak cari salah kawan je. Kitalah yang paling betul. Mentaliti sempit. Nasib baik ada parents, boleh jadi tempat mengadu-lah.

Sekarang aku senang bersahabat, tetapi kadang-kadang timbul rasa kasihan kat orang, sebab yang ditolong itu selalunya aku. Ada ubi, ada batas, kalau larat aku balas-lah.

Namun, timbul salah faham. Terasa seperti seseorang yang lebih kepada 'busybody' dan 'diktator', bukan kawan/sahabat. Mungkin pendekatan tidak tepat dalam pergaulan. Mesej yang disampaikan dalam bentuk selfish, juga di-interpretasi sebagai selfish. Sedangkan maksud sebenar adalah untuk kebaikan individu terbabit dan juga diri sendiri. Hasilnya, yang kabur kekal kabur. Masuk angin keluar asap. Bimbang jika diluahkan lagi, hanya akan mengeruhkan keadaan. Akhirnya, tawakkal sahajalah. Jika ikhlas usaha ini, harap mesejnya sampai juga-lah. 
Disiplin, asas kejayaan.

Sekarang tinggal 16/15 hari sahaja lagi. Lama sudah tak berdepan peperiksaan besar.
Terasa ada sesuatu yang kurang, bukan setakat persiapan menghadapi peperiksaan.

Fokus. Fokus. FOKUS.

Kalau boleh, taknak lah tambah 1 tahun lagi, 6 tahun pun dah cukup lama.

Ada orang yang faham, ada orang yang kurang faham, ada orang yang tak faham, ada orang yang buat-buat tak faham. Jangan jadi orang yang ke-empat. Letih...


p/s :
Sahabat A : Aduh, letih la hari ni.
Sahabat B : Mengade-ngade, semua orang letih la.    


Anak : Abah, nak masuk bidang *  boleh x ?
Ayah : Tak perlu, kerja je elok-elok. Jadi pekerja yang cemerlang.
Anak : Erm, tapii (Masih memberontak)...


TV, surat khabar : Bla... Bla... BLa... Datuk T... Bla... Media... Blaa... Bla.


Ustaz K : Hidup biar ada prinsip.


Anak : (AKhirnya) ORAIITT ayah !! (TQ ustaz)

Pen-down semangat

Salam.

Sekadar berkongsi rasa dan pendapat.

Hari ini terasa panjang, bermula petang tadi. Sebenarnya, dari petang semalam, rasa seperti ada sesuatu yang hilang.

Ada group study tadi, belajar tentang buah pinggang, fungsi dan mekanisma perjalanannya. Terasa ajaib, banyak perkara yang kami rasakan, mudah sahaja untuk difahami, tiba-tiba hari ini, agak sukar untuk diceritakan balik melalui kata-kata. Nak kata faham, tak boleh nak terangkan sangat. Nak kata tak faham, rasanya faham je. Seolah-olah, kami belajar dari faham, kepada tak faham, kemudian faham balik. 

Rasa down seketika, macam mana nak hadapi peperiksaan kalau asyik macam ni. Ada berbelas-belas tajuk lagi belum dicover. Pening, bimbang dan helpless. Namun, rasanya ada ibrah juga. Maybe Allah swt nak sedarkan, bahawa ilmu itu sememangnya milik Dia. Kita kadang-kadang, rasa sedikit megah kalau belajar banyak, ulang kaji banyak, kononnya kitalah yang paling tahu. Hingga terlupa, memang mudah nak terima ilmu. Tapi jangan lupa, bahawa kita manusia ni juga cepat lupa. After 1 minute, forget.

Alhamdulillah, hari ni ada 2 tazkirah. Satu cakap bahawa, " Betulkan balik niat anda belajar....jangan semata-mata kerana exam.... (sungguh abstrak sekali)". Aduh, terasa. Sebab memang sekarang terlupa matlamat belajar yang sebenar. 

Satu lagi cakap ,"Exam result doesn't define you ". Apa tujuan anda hidup ? Sudah tentu bukan untuk exam semata-mata. Terasa senang hati la pulak. Tak perlu belajarkah ? Tawakkal 100% kah ?

Mudah. Semua mahukan cara yang mudah. Tapi, masih mahukan keputusan atau ganjaran yang lumayan gila-gila. 

Tak logik. Tak setimpal dengan usaha. Tapi, tak bermakna mustahil. Jimatkan tenaga anda.

Tentu pening sesiapa yang membaca coretan ini. It's okay. Same goes here.

Sangat suka : Excellence is a habit, not a single show.
Tak suka     : I don't really have a good habit.

Sekian. Wassalam.

Teguran itu penting - I luvIslam

Teguran Itu Penting
www.iluvislam.com

Oleh: Mahasiswa21
Editor: cincaugoreng

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak langsung suka ditegur. (Inilah masalah negara)
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya sesetengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu dituju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melatah,melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya inilah yang kita harus usahakan".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang di sekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah? (Telefon 3G ada 2 biji kamera depan belakang juga praktikal)

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Sumber : Iluvislam.com

Komen : 

Memegang sesuatu kepimpinan itu adalah sesuatu yang berat. Ada yang mengatakan, "Amanah itu beban di dunia, punca kehinaan di akhirat". Namun, pemimpin yang adil dan amanah akan diberikan perlindungan Arasy pada hari yang tiada lagi perlindungan melainkan yang diizinkan oleh ALLAH swt. Ada tujuh golongan semuanya, google-up lah sendiri. 

Kebelakangan ini, rasa seperti agak keterlaluan dalam sesuatu perkara, bukan nak mengungkit-ungkit, tapi agak mudah rasa terkilan dalam urusan kerja. Banyak keputusan dibuat, tapi tak ramai yang respon. Aku ke yang silap ? Kebelakangan ini agaknya terlalu bersikap diktator dan kuku besi dalam menentukan keputusan. Keperluan mengatasi rasa bersalah. 

Ingin menegur dengan cara yang baik, kadang-kadang mudah terlajak ke nafsu amarah yang membuak-buak. Pada masa yang sama juga, rasa macam tak sampai hati untuk menegur, kerana menyedari bahawa persahabatan itu jauh lebih penting. Di waktu-waktu yang genting sebegini, sudah tentu sebarang konfrontasi adalah sangat-sangat ingin dielakkan. Pada masa yang sama, kena ingat, ada hari kita menegur, ada hari kita ditegur. Baik dibalas baik, lunyai dibalas lunyai, itu resamnya. 

Banyak perkara, pertembungan 2 pihak jika dihadapi dengan rasa berlapang dada, toleransi dan masing-masing sedia untuk ditegur sebagaimana huraian yang disertakan di atas, akan berakhir dengan kesudahan yang baik. Sudah tiba masanya, kita kena ada rasa hormat kepada orang lain, walaupun kita tak pernah sama-sama bersetuju dalam sesuatu perkara. 

Waktu yang perit sebegini, haruslah kita muhasabah balik diri kita. Berkeluh-kesah dalam menghadapi kesukaran adalah tindakan yang sangat tidak matang. Sebab orang muda seharusnya berdarah pahlawan, lihat sahaja di Mesir dan Libya, anak-anak muda tak gentar akan senjata, menumpaskan rejim yang tak berhati perut. Tiba-tiba, kita di Malaysia yang aman bumi bertuah ini, hanya diuji Tuhan dengan peperiksaan besar, Professional Exam katanya, sudah rebah jatuh, hilang semangat. Tak patut, sangat-sangat tak patut. Orang lain berjuang dengan AK47 dan juga mesingan anti-pesawat lagi gagah dari orang yang hanya berjuang dengan pemadam dan pensil. Di sinilah persoalan akan timbul, di manakah letaknya sumber kekuatan kita, pada akal sahajakah (Perasan Genius)? Atau pada tawakkal sahajakah ? Atau usaha yang kuat, disertai dengan tawakkal yang sungguh-sungguh. Yang pasti, melepak di depan laptop sambil membuang masa bukanlah boleh dikategorikan sebagai usaha. (Update belog ??? Hehe)

Ayuh, muhasabah diri. Perbaiki diri. Berlapang dada dalam menerima teguran. Dan tidak pesimistik terhadap keupayaan orang lain. Hidup berukhuwwah, bertambah mawaddah.

Mulut pasangannya telinga. Wernicke's area pasangannya Broca's Area. Ilmu pasangannya amal. Perjalanan pasangannya bekalan. Hidup pasangannya mati. 

Okay lah. Cukup panjang sudah post ini. Pasti letih mata membacanya. Selamat belajar dan selamat bekerja, have nice dayS. 

WasSalam.

Definition of Satisfaction is indefinite

Salam...

Alhamdulillah.

Baru sahaja pulang dari Nilai, kampus USIM. Ada kenangan baru yang lebih manis. Rasa ingin senyum sepanjang hari. Perasaan itu bercampur baur. Ada rasa gembira, juga ada rasa cemburu serta rasa kagum. Yang penting, ada rasa puas hati.

Saya menyukai Bahasa Arab yang amat, pada masa yang sama, saya tak suka debat. Tapi saya seronok bila tengok sahabat-sahabat berdebat, sebab boleh gelak sesuka hati tak perlu skema bila terdengar idea-idea yang lucu. Beri komen sesuka hati seolah-olah kitalah pendebat sebenar. Juri awam tak bergaji dan bertauliah. Takpe, saya suka.

Kepuasan diri, siapa yang benar-benar boleh menterjemahkannya. Lain orang lain rasa. Yang penting, kita tak melanggar syariat dan hukum-hakam Allah swt. Sebab, ada orang suka berdebat, untuk melatih diri bercakap dengan yakin, dan juga bertukar-tukar idea secara tak langsung, tapi ada juga yang suka berdebat, sebab nak menunjuk-nunjuk kepakaran pada orang, dan merendah-rendahkan orang lain. Kena ingat, matlamat dan niat kena selalu diluruskan, barulah hidup ini bahagia, tak mudah ditipu syaitan yang sangat licik.

Sekian. (Senyum masih terlekat kat bibir sampai tertidur rasanya)

Wassalam.

Antum salafuna wa nahnu bil-asayr.

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, bersyukurlah dengan apa yang ada, redha dengan apa yang tinggal. 

Betapa aku ragu-ragu untuk menulis lagi. Tapi rasanya ada sesuatu untuk dikongsikan bersama.

Percaya, yakin dan tidak ragu, bahawa MATI itu adalah sesuatu yang pasti. Hari ini jika bukan kamu, maka ada beribu lagi yang sedang ajalnya ibarat telur di hujung tanduk.

Betapa perit dan goyahnya rasa iman itu, tatkala orang yang TERsayang dan TERcinta, yang boleh dikatakan PALING understanding tentang jiwa anda, tiba-tiba sahaja dijemput pulang oleh Tuhan Yang Tidak Pernah Mungkir Janji. Rasa seperti dihempap gunung ke dada, dan dada itu tidak remuk melainkan menanggung bebanan yang teramat berat.

Tak nampak di mana ibrahnya, di mana kepentingannya, di mana signifikannya pada mata aku. Mengapa mesti dia juga yang pergi ? Pada waktu sebegini ?

Tetapi, Mukmin itu diajar dan dituntut supaya redha dengan segala yang musibah yang menimpa, berhati-hati pula dengan sebarang nikmat yang diberi. Barulah, rasa tenang itu kembali ke jiwa, rasa kuat itu kembali bertapak ke jiwa. Ibarat layang-layang yang terputus tali, tapi dengan izin Tuhan, ada tali lain yang hadir untuk meneguhkan pegangan. Betapa aku mulai sedar, kekuatan itu benar-benar milik Allah swt, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan. 

Mungkin inilah yang terbaik untuk bonda tercinta, agar dia boleh berehat panjang daripada derita sakitnya di dunia ini. Tak dapat lagi aku memikirkan hikmah yang tersembunyi selain ini, mungkin akan timbul di masa depan kelak, Tuhan kan Maha Adil, lagi Maha Bijak aturan-Nya.

Boleh sahaja jika aku mahu, dan ahli keluargaku yang lain mahu, menangis sepuas-puasnya, hingga terjejas kehidupan dan kesihatan diri. Tapi, aku yakin, bukan ini yang dimahukan dan yang hendak diwariskan oleh arwah bonda, serta arwah nenda beberapa tahun yang lalu, melainkan sifat sabar, tabah dan cekal dalam meneruskan hidup sehari-hari. Hidup kena kuat, dan nak cari kekuatan itu kena kembali pada sumbernya, iaitu keyakinan pada Tuhan dan segala apa yang dijanjikan-Nya. Bahawa orang mukmin itu akan berjumpa dan bersahabat kembali di syurga-syurga kelak. Bukankah itu yang lebih utama ? Kekal bersama di kehidupan yang jauh lagi nikmat dan abadi ??

Aku kena berusaha lebih lagi, untuk memperbaik amal, dengan lebih tekun lagi untuk memastikan diri ini terselamat di akhirat kelak. Supaya dapat bersama-sama dengan orang-orang mukmin, para nabi, dan orang-orang soleh, dan merekalah sebaik-baik teman. Banyak dosa rasanya, tak layak lagi untuk mengikut jejak langkah mereka.

Untuk seketika, hidup rasa macam kosong sahaja, tak tahu apa yang nak dibuat lagi. Rasa cemburu juga mula timbul, melihat kepada yang lain, sudah berkeluarga dan punya anak. Ada komitmen yang teguh, yang diredhai oleh Allah swt. Moga-moga kekal sepanjang hayat dan diberkati Tuhan, kepada abang-abang ipar, jagalah isteri-isterimu dan anak-anakmu elok-elok, bimbinglah mereka ke jalan yang benar, straight ke syurga. Aku juga punya komitmen, serta tanggungjawab, dalam bentuk yang lain. Jadi, kena berkhidmat sungguh-sungguh dahulu. Kena jadi kuat semangat, supaya yang lain turut kuat semangat. Kita takkan dapat manfaat dari pelita yang bocor, kelak terbakar pula satu rumah. 

Aku hampir terlupa, bersyukur kerana masih mempunyai ayahanda yang caring, dan penyayang serta penyabar. Sedangkan orang lain ada juga yang sudah kematian bapa, lagi-lagilah mereka kena cekal dalam kehidupan yang fana ini. Ada orang yatim piatu, lagi berat ujiannya.

Jika kita melalui kawasan kubur, maka berilah salam. Dan antum salafuna, wa nahnu bil-asyr. Yang bermaksud, kamu semua(ahli kubur) mendahului kami ( Berjumpa maut terlebih dahulu ), dan kami (insyaAllah) akan menjejaki kamu semua. (turut menemui ajal kelak).

Astaghfirullah, semoga ujian yang berat ini tak datang dengan sia-sia, melainkan ada hikmah yang banyak padanya pada aku, dan ahli keluarga yang lain. Sesungguhnya hanya kepada Allah swt sahajalah kita akan kembali kelak, dan syurgalah sebaik-baik tempat kembali. Teruskan berdoa buat ibu bapa kita, kerana doa anak yang soleh itu antara sumber bekalan amal mereka. Jangan hampakan orang tua kita yang penat membesarkan kita. I'm already 21 yo this year, begitu cepat masa berlalu.

p/s : Thanx kepada korang, maybe berkat doa korang, aku dapat balik rasa kekuatan itu untuk terus menjadi manusia yang taat dan redha pada Tuhan, dan yang terus berbuat baik pada kedua orang tua. Baik yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

p/s 2 : K Wah duk molek2 nge aufiya di kedoh tu ye.